Salam Selasa untuk semua....moga dirahmati.. tetiba aje rasa nak lari topik skit kali ni. Tajuk yang akan dibincangkan ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah.
Definisi : pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang berupaya mencapai objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh difikirkan sesuai untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Berikut adalah antara yang boleh difikirkan sesuai yang boleh digunakan oleh guru:
- Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Fikirkan pelbagai strategi P@P.
- Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid.
- Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid.
- Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak.
- Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif.
- Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid.
- Gunakan suara yang dapat didengari murid dengan jelas dan teratur.
- Gunakan BBM yang menarik perhatian murid.
- Laksanakan aktiviti yang mampu merangsang miant murid.
- variasikan aktiviti bagi mengekalkan mood murid untuk belajar.
- kerap memberi peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuklah pujian.
- Beri peluang kepada murid untuk mengemukan pendapat dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.
No comments:
Post a Comment