Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, October 31, 2012

Laptop...ada yang terkilan!

Salam Selasa untuk semua...moga dirahmati....terkadang kita ni terlalu mengharapkan sesuatu yang bukan rezeki kita dan menyalahkan kepada orang lain disebabkan kita tidak dapat sesuatu...penyakit zaman moden dan kita hilang pertimbangan sehinggakan butir bicara kita menyinggung perasaan orang lain...di masa yang sama kita lupa ramai yang mendengar cakap sombong kita...cakap siang pandang-pandang....

Entry awal malam selepas sehari suntuk menghadirkan diri di stadium sempena majlis penyerahan laptop percuma kepada semua guru tahun 5. dianggarkan seramai 2 ribu menerima pemberiaan laptop tersebut daripada MB Terengganu .Thank you MB sebab anda prihatin dan faham sebenarnya laptop merupakan kemudahan memudahkan P@P dijalankan yg amat....walaupun sebahagian dari guru2 tersebut sudah memiliki laptop tersebut dengan dana yang dikeluarkan sendiri...ni namanya rezeki yang tidak disangka2....rezeki dari Allah yang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa kita adalah salah seorang yang menerima...Thank u Allah...


Berbalik pada topik yang ingin dicanangkan...ada yang terkilan pasal mereka yang mengajar tahun 5 tidak dapat tetapi orang yang mengajar tahun1 yang dapat....siapa yang patut dipesalahkan? pengurus sekolahlah yang bertanggungjawab....sebab dia org tidak check pun dalam data emis maklumat guru yang mengajar tahun 5 tu betul ke salah.....harapkan pada guru data 100%....guru data pula main tangkap maut aje...ada dia kisah cikgu tu ngajar tahnu 5 ke tidak...main letaknya untuk penuhkan ruang...inilah bahananya ....bila pegawai di JPN ingin senarai guru mestilah merujuk kepada data emis...dah kalau maklumat di situ salah...maka jangan salahkan guru tahun 1 jika mereka dapat laptop tersebut....

So...pengurusan sekolah mesti peka masalah ini dan cubalah sekali sekala..check data tersebut kerana itulah adalah tanggungjawab anda memastikan kesahihan data tersebut supaya masalah tidak puas hati guru-guru tidak berbangkit dan pemberiaan tersebut sampai ke sasaran yang dikehendaki....skrg dunia ICT...maklumat guru2 dihujung jari aje...tidak timbul soal sekolah yang mencalonkan nama guru2 tersebut...sebenarnya kepincangan itu sendiri berlaku di sekolah....



No comments: