Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, June 28, 2013

Samsung Galaxy S3 paling diminati....

Jumaat 28 Jun 2013

Salam Jumaat untuk semua....berentry lagi di penghujung malam...entry kali ni lain sikit pasal semenjak dua menjak ni kegilaan gajet baru semakin menjadi-jadi...nak kata ada duit lebih tidak juga...nak kata dapat bonus jauh sekali...tetapi nafsu untuk dapatkan gajet baru membuak-buak...bila melihat si azmir dah dapatkan Samsung Galaxy S4 yang diidamkan selama ni....dia seorang ni memang suka pada teknologi terkini...perabih duit dok apa asal apa yang dihajati tercapai....apa yang penting tidak mendesak ibu n ayahnya untuk dapatkanya....anak-anak ni kalau dia nak sesuatu dia kene usaha sendiri...kita mak bapak memang tak akan layan permintaan yang pelik-pelik....

Sepetang duk round semua kedai....melihat model Samsung yang berkenan di hati dan bajet sekali...dengan rebet si Azyan dapatlah Samsung Galaxy S3 yang difikirkan sesuai dan tidak nebeng sangat...pada note 2 yang besar n canggih serta reganya yang kurang menawan....bila ditukarkan dengan rebet harganya dah jadi RM1100...bolehlah.....suaipadan dengan kemampuan dan kapasiti penggunaannya yang tidak melampau......didatangkan dengan warna putih yang kurang digemari tetapi itulah harga yang ditawarkan....agaknya ramai yang tidak menyukai warnanya kut sebab tu tuan punya kedai itu boleh beri harga sedemikian.....bawah ni sedikit ulasan pasal Samsung Galaxy S3..Samsung, pengeluar dengan banyak idea, telah menggabungkan telefon pintar dengan pelbagai assesori yang menjadi kegilaan pada semua generasinya....

Samsung Galaxy S3 merupakan generasi ketiga untuk legasi peranti Samsung Galaxy S itu disempurnakan bersama kelebihan teknologi natural berinspirasikan manusia dan alam.
Samsung Galaxy S3 dipacu oleh sistem operasi Android 4.0 teruja melaksanakan operasi telefon berkenaan menerusi skrin paparan Super Amoled definisi tinggi (HD) bersIce Cream Sandwich di samping terbina bersama teknologi mobiliti intuitif tanpa kompromi. Anda pasti akan aiz 4.8 inci.
Gambar rekabentuk Samsung Galaxy S3
Samsung Galaxy S3 mempunyai kamera belakang pintar 8 megapiksel dan kamera hadapan pula beresolusi 1.9 megapiksel. Untuk rekaan pula, model itu mempunyai bentuk ergonomik berkonsepkan alam selain lengkungan kemas yang bakal memberi keselesaan sentuhan dan genggaman di tapak tangan.
Sesuatu yang baru, melalui aplikasi S Voice, peranti berkenaan dapat mengesan maksud sesuatu arahan suara dan seterusnya memberi respons bersesuaian seperti fungsi pencarian maklumat, kawalan muzik, penghantaran mesej atau emel dan rakaman foto.
Bukan setakat itu, kehadiran aplikasi AllShare Cast dan AllShare Play turut membolehkan telefon itu diintegrasi secara Wi-Fi bersama televisyen, komputer peribadi atau tablet bagi tujuan penghantaran fail. 

Wednesday, June 26, 2013

Sedetik ini...!

Rabu 26 Jun 2013

Salam Rabu untuk semua..moga kita dipanjangkan usia dan dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah atas segala usaha ikhlas kita....meski tidak nampak dipandang orang tetapi hakikatnya segala kerja buat yang ikhlas akan mendapat redhanya....berlapang dadalah....

Ok posting lewat tengah hari...setelah hampir lima hari ke SK Bukit Besi...meredah jerebu bersama  Azim ...6.45 pagi berangkat dari rumah dalam dingin serta berkabus...perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit dengan kapasiti pemanduan melangkaui 110km sejam...kira tu kurang laju berbanding dengan sahabat-sahabat yang lain hehehehe....terasa asing dan mencabar tetapi demi tugas, semangat serta peluang yang diberikan...destinasi tu kujengah jua....detik usia senja gini...thank you Allah di kesempatan begini masih diberi tenaga dan keupayaan untuk menghirup segarnya udaraMU dan panorama alam yang sangat cantik tika berulangalik....

Berkenalan dengan cikgu-cikgu di sana...cuba memahami dan menyesuaikan diri pada persekitaran yang baru....cuba berbaik sangka dan anggap semua guru di sini mempunyai kesungguhan dan komited pada tugas...sebabnya 7.15 pagi,sudah ramai cikgu yang menghadirkan diri bermakna semangat untuk ke sekolah lebih awal menjadi budaya yang kurang dilihat pada sesetengah sekolah....walaupun sudah kedengaran cakap-cakap  di belakang tabir yang meletakkan diri kita begini dan begitu....tetapi anggaplah segalanya bagai angin lalu....tak kenal maka tak cinta.....dalam detik-detik ini cuba memberikan yang terbaik dan dengan segala idea dan kepakaran yang ada ..berharap sangat kerjasama dari guru-guru memantapkan  pengurusan kokurikulum...InsyaAllah...

Takut dikritik dan akan melenting bila dikritik....anggapan yang kurang cerdik...dan sengaja cuba mencetuskan provokasi....kritik membina mampu membetulkan keadaan...dan menjadikan diri kita bertambah kuat...membaiki kelemahan yang ada....berilah pendapat yang boleh dikongsi bersama dan jauhkanlah sikap fitnah dan melihat keburukan sesorang dan menyebarnya seluas-luasnya....atas alasan menguatkan hujah dan pendapat kita....orang akan menilai kita bila bertemu,berbual memahami isi hati dan melihat sejauhmana keupayaan kita dalam mengendalikan segala urusan yang melibatkan cikgu-cikgu.....so di kesempatan ini berharap sangat cuba hindari cakap-cakap negatif anggaplah kedatangan kita di sini sebagai seorang sahabat,rakan dan pemudahcara dalam segala hal...amin...  




Tuesday, June 18, 2013

Alhamdulilah akhirnya....!

Selasa 18 Jun 2013

Salam Selasa untuk semua...moga kerja buat kita dirahmati...Insyaallah...nak mula dari mane ni...tetiba je jadi keliru ...banyak sangat yang nak ceritakan di sini...biasalah bila lama tidak posting idea tu tetiba aje mencurah datangnya...pertama-tama sujud syukur kepada Allah kerana doa yang selama ni dipanjat...mohon dan mohon padaNYA...akhirnya dapat juga naik pangkat dan ditukarkan sekolah...walaupun permohonan pertukaran untuk bulan Jun ditangguhkan...tetapi pertukaran kenaikan pangkat mengikut kekosongan jawatan pada tarikh semasa....

Yang kurang sedapnya...jauh jugalah terpaksa memandu setelah 6 tahun berulangalik dengan Azim dari sekolah Seri Rasau.....yang pasti kalau dulu terasa sangat jauhnya tetapi bila dah terdesak...bertahan hingga sekarang....alah bisa tegal biasa....mendapat penempatan baru ke Sekolah Kebangsaan Bukit Besi...jauhnya lebih kurang 30KM dari rumah...tambah 6KM dari SK Seri Rasau...redah lagi dengan Azim...dilantik sebagai PKKO Kurikulum....kene belajar benda yang baru...harap2 dpt belajar dengan hubby...

Pertama kali melapor diri ke sana pada Isnin....sekolah ok gred A dengan GB yang mantap dengar kabar guru besar cemerlang....tetapi sayang katanya beliau ada masa 11 bulan lagi untuk pencen....agak2 sempat lagi menimba pengalaman dari beliau....pertama kali menjejak kaki ke Bilik PK KO...kurus semangat....kene deko semula dan cuba mengubah suasana...rasanya banyak juga kerja yang terpaksa dibuat dalam detik-detik pertama ni....pening seketika....cuba membetulkan segala-galanya.....harapan dari GB dan PK1 yang menggunung dan tanggapan pertama yang telah diwar2kan menjadikan pening bertambah-tambah pening....jangan terlalu memuji dengan kehebatan yang ada kerana dalam usia senja gini rasanya kemampuan itu sudah berkurang dan memerlukan masa untuk menilai dan cuba mengubah sesuatu yang lebih baik....Insyaallah akan dilaksanakan mengikut kemampuan dan kerjasama dari semua.....

So...dari pagi duk termenung satu kerja tak buat...sebab sayang sebenarnya nak tinggalkan library SK Seri Rasau...hasil tangan kita....dengan senda gurau dari rakan-rakan sekerja yang sentiasa komited dan baik hati...semuanya menjadi kenangan yang sukar dilupakan...ya lah sekolah yang paling lama menetap berbanding dengan sekolah2 yang lain....apa2 pun perjuangan mesti diteruskan kerana peluang ni sukar ditolak sebab perancangan Allah Taala sangat cantik kerana DIA mengatur segala-galanya sehingga tak terfikir oleh kita....so berlapang dada walaupun perjalanan yang agak jauh n memenatkan tetapi redha apa yang dikurniakan mungkin ada hikmat  disebalik semua perancangan itu...harapan dalam situasi
ni....Kurniakan kesihatan yang baik...dapat berfikir secara positif dan anggaplah kerja yang diberikan sebagai ibadah dan kita redha melakukannya....yang penting hindari stress yang berpanjangan....


Monday, June 10, 2013

Cikgu dan masalahnya!

Isnin 10 Jun 2013

Salam  untuk semua...bersiaran semula setelah blog hampir diliputi lalang..malas betul nak update...bukan tiada cerita nak post tetapi time malas gini...nak menaip pun malas...belum lagi walkblogging kekawan yang lain...rasenya mereka juga seperti kita juga....yang aku tabik hormat blog mat gebu sentiasa dikemaskini...hari2 buleh post masakannya...memang si mat  ni orang yg disiplin n rajin........peminat dia juga ramai yang berkunjung n komen membina sekali...

Kejadian malas tahap gaban ni salah satu puncanya pekse dok abis lagi...ada satu paper lagi yang tinggal....bila dok selesai tu jadi gininya...serba tidak kene...baca dok pun...esok nak pekse malam ni br nak buke buku....kata orang ambil berkat buka buku hehehe....tu lah carry mark asyik merundum je berbanding dengan sem 1 n sem 2....

Sebelum tu...nak ucapkan tahniah pada sesaing yang berjaya naik pangkat dari DG32 KUP kepada DG34 KUP....walaupun beza gaji ada yang cuma RM10 saje berbanding gaji asal...kahkahkah...macam2 karenah skim gaji cikgu ni...apa-apa pun alhamdulliah naik juga mata gaji walaupun ciput...perjuangan KPPK kepada golongan guru....pada yang tidak dapat lagi macam amber ni...bersabar ya ada hikmah di sebalik itu.....yang kurang enak didengar dan menjadi buah mulut bila dah dapat jawatan PK hakiki DG32 terpaksa turun pangkat jadi cikgu biase sebb tarikh lantik tu dilewatkan pada gred hakiki....rasenya kalau bukan di kalangan cikgu ni kurang mengerti penjelasan ni...baca je lah sekadar berkongsi info......Harapan kita cikgu bawahan ni ada penjelasan yang boleh memihak kepada cikgu dari KPM serta KPPK salah satu badan yang paling terkedepan dalam menyelesaikan isu2 berbangkit dari guru-guru yang ahlinya sahaja ya....

Bila bincang pasal guru ni...1001 macam masalah yang mereka hadapi...sebab tu ramai di kalangan guru padam awal...sebab stress...bebanan kerja dan tidak lupa karenah birokrasi di sekolah dan jabatan sendiri....maknanya guru terpaksa selesaikan masalah sendiri untuk survival dalam kerjayanya.......




Saturday, June 01, 2013

Selamat Hari Lahir...!

Sabtu 1 Jun 2013

Salam untuk semua.Moga dirahmati. Hari ini tanggal 1 Jun...bermakna meraikan hari lahir untuk diri sendiri heheheh....juga bermaksud bertambahlah usia senja kita menghampiri separuh abad...rase-rasenya baru aje sambut hari lahir ke 30...kepada semua yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan untuk kita terima kasih bebanyak kerna kalian masih mengingati tarikh keramat ini...jauh disudut hati ini rasa amat teruja,sedih dan apa-apa perasaan yang dekat dengan jiwa ini melewati usia yang semakin dekat dengan penciptaNYA....teralpa seketika...sebab rasa kerdil dalam meniti usia begini ilmu akhirat masih ciput berbanding dengan kesihatan yang Allah berikan....masih menyedup segarnya udara free yang dibekalkan....masih melihat indahnya pelangi tika hujan turun...segala-galanya free dan free...terima Kasih ya Allah di saat ini aku masih lagi bernafas di alam fanaMU...

Jua...dikurniakan insan-insan yang istimewa di sekeliling kita...penguat semangat dan cita-cita...pada hubby terima kasih yang tidak terhingga tika usia begini masih setia pada yang satu..meski batas perjalanan kita sering terlepas amarah, terkadang mengulit pelangi di mata,tetapi hakikatnya kita masih lagi bersama....juga pada anak-anak jadilah anak-anak yang mendengar kata dan sentiasa mendoakan kesejaheraan bondanya dengan tidak menyakiti hati , sentiasa berbaik sangka dan berlapang dada dalam segala hal...muah untuk semua!!!!!