Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, June 26, 2013

Sedetik ini...!

Rabu 26 Jun 2013

Salam Rabu untuk semua..moga kita dipanjangkan usia dan dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah atas segala usaha ikhlas kita....meski tidak nampak dipandang orang tetapi hakikatnya segala kerja buat yang ikhlas akan mendapat redhanya....berlapang dadalah....

Ok posting lewat tengah hari...setelah hampir lima hari ke SK Bukit Besi...meredah jerebu bersama  Azim ...6.45 pagi berangkat dari rumah dalam dingin serta berkabus...perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit dengan kapasiti pemanduan melangkaui 110km sejam...kira tu kurang laju berbanding dengan sahabat-sahabat yang lain hehehehe....terasa asing dan mencabar tetapi demi tugas, semangat serta peluang yang diberikan...destinasi tu kujengah jua....detik usia senja gini...thank you Allah di kesempatan begini masih diberi tenaga dan keupayaan untuk menghirup segarnya udaraMU dan panorama alam yang sangat cantik tika berulangalik....

Berkenalan dengan cikgu-cikgu di sana...cuba memahami dan menyesuaikan diri pada persekitaran yang baru....cuba berbaik sangka dan anggap semua guru di sini mempunyai kesungguhan dan komited pada tugas...sebabnya 7.15 pagi,sudah ramai cikgu yang menghadirkan diri bermakna semangat untuk ke sekolah lebih awal menjadi budaya yang kurang dilihat pada sesetengah sekolah....walaupun sudah kedengaran cakap-cakap  di belakang tabir yang meletakkan diri kita begini dan begitu....tetapi anggaplah segalanya bagai angin lalu....tak kenal maka tak cinta.....dalam detik-detik ini cuba memberikan yang terbaik dan dengan segala idea dan kepakaran yang ada ..berharap sangat kerjasama dari guru-guru memantapkan  pengurusan kokurikulum...InsyaAllah...

Takut dikritik dan akan melenting bila dikritik....anggapan yang kurang cerdik...dan sengaja cuba mencetuskan provokasi....kritik membina mampu membetulkan keadaan...dan menjadikan diri kita bertambah kuat...membaiki kelemahan yang ada....berilah pendapat yang boleh dikongsi bersama dan jauhkanlah sikap fitnah dan melihat keburukan sesorang dan menyebarnya seluas-luasnya....atas alasan menguatkan hujah dan pendapat kita....orang akan menilai kita bila bertemu,berbual memahami isi hati dan melihat sejauhmana keupayaan kita dalam mengendalikan segala urusan yang melibatkan cikgu-cikgu.....so di kesempatan ini berharap sangat cuba hindari cakap-cakap negatif anggaplah kedatangan kita di sini sebagai seorang sahabat,rakan dan pemudahcara dalam segala hal...amin...  




No comments: