Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, June 18, 2013

Alhamdulilah akhirnya....!

Selasa 18 Jun 2013

Salam Selasa untuk semua...moga kerja buat kita dirahmati...Insyaallah...nak mula dari mane ni...tetiba je jadi keliru ...banyak sangat yang nak ceritakan di sini...biasalah bila lama tidak posting idea tu tetiba aje mencurah datangnya...pertama-tama sujud syukur kepada Allah kerana doa yang selama ni dipanjat...mohon dan mohon padaNYA...akhirnya dapat juga naik pangkat dan ditukarkan sekolah...walaupun permohonan pertukaran untuk bulan Jun ditangguhkan...tetapi pertukaran kenaikan pangkat mengikut kekosongan jawatan pada tarikh semasa....

Yang kurang sedapnya...jauh jugalah terpaksa memandu setelah 6 tahun berulangalik dengan Azim dari sekolah Seri Rasau.....yang pasti kalau dulu terasa sangat jauhnya tetapi bila dah terdesak...bertahan hingga sekarang....alah bisa tegal biasa....mendapat penempatan baru ke Sekolah Kebangsaan Bukit Besi...jauhnya lebih kurang 30KM dari rumah...tambah 6KM dari SK Seri Rasau...redah lagi dengan Azim...dilantik sebagai PKKO Kurikulum....kene belajar benda yang baru...harap2 dpt belajar dengan hubby...

Pertama kali melapor diri ke sana pada Isnin....sekolah ok gred A dengan GB yang mantap dengar kabar guru besar cemerlang....tetapi sayang katanya beliau ada masa 11 bulan lagi untuk pencen....agak2 sempat lagi menimba pengalaman dari beliau....pertama kali menjejak kaki ke Bilik PK KO...kurus semangat....kene deko semula dan cuba mengubah suasana...rasanya banyak juga kerja yang terpaksa dibuat dalam detik-detik pertama ni....pening seketika....cuba membetulkan segala-galanya.....harapan dari GB dan PK1 yang menggunung dan tanggapan pertama yang telah diwar2kan menjadikan pening bertambah-tambah pening....jangan terlalu memuji dengan kehebatan yang ada kerana dalam usia senja gini rasanya kemampuan itu sudah berkurang dan memerlukan masa untuk menilai dan cuba mengubah sesuatu yang lebih baik....Insyaallah akan dilaksanakan mengikut kemampuan dan kerjasama dari semua.....

So...dari pagi duk termenung satu kerja tak buat...sebab sayang sebenarnya nak tinggalkan library SK Seri Rasau...hasil tangan kita....dengan senda gurau dari rakan-rakan sekerja yang sentiasa komited dan baik hati...semuanya menjadi kenangan yang sukar dilupakan...ya lah sekolah yang paling lama menetap berbanding dengan sekolah2 yang lain....apa2 pun perjuangan mesti diteruskan kerana peluang ni sukar ditolak sebab perancangan Allah Taala sangat cantik kerana DIA mengatur segala-galanya sehingga tak terfikir oleh kita....so berlapang dada walaupun perjalanan yang agak jauh n memenatkan tetapi redha apa yang dikurniakan mungkin ada hikmat  disebalik semua perancangan itu...harapan dalam situasi
ni....Kurniakan kesihatan yang baik...dapat berfikir secara positif dan anggaplah kerja yang diberikan sebagai ibadah dan kita redha melakukannya....yang penting hindari stress yang berpanjangan....


No comments: