Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, June 28, 2013

Samsung Galaxy S3 paling diminati....

Jumaat 28 Jun 2013

Salam Jumaat untuk semua....berentry lagi di penghujung malam...entry kali ni lain sikit pasal semenjak dua menjak ni kegilaan gajet baru semakin menjadi-jadi...nak kata ada duit lebih tidak juga...nak kata dapat bonus jauh sekali...tetapi nafsu untuk dapatkan gajet baru membuak-buak...bila melihat si azmir dah dapatkan Samsung Galaxy S4 yang diidamkan selama ni....dia seorang ni memang suka pada teknologi terkini...perabih duit dok apa asal apa yang dihajati tercapai....apa yang penting tidak mendesak ibu n ayahnya untuk dapatkanya....anak-anak ni kalau dia nak sesuatu dia kene usaha sendiri...kita mak bapak memang tak akan layan permintaan yang pelik-pelik....

Sepetang duk round semua kedai....melihat model Samsung yang berkenan di hati dan bajet sekali...dengan rebet si Azyan dapatlah Samsung Galaxy S3 yang difikirkan sesuai dan tidak nebeng sangat...pada note 2 yang besar n canggih serta reganya yang kurang menawan....bila ditukarkan dengan rebet harganya dah jadi RM1100...bolehlah.....suaipadan dengan kemampuan dan kapasiti penggunaannya yang tidak melampau......didatangkan dengan warna putih yang kurang digemari tetapi itulah harga yang ditawarkan....agaknya ramai yang tidak menyukai warnanya kut sebab tu tuan punya kedai itu boleh beri harga sedemikian.....bawah ni sedikit ulasan pasal Samsung Galaxy S3..Samsung, pengeluar dengan banyak idea, telah menggabungkan telefon pintar dengan pelbagai assesori yang menjadi kegilaan pada semua generasinya....

Samsung Galaxy S3 merupakan generasi ketiga untuk legasi peranti Samsung Galaxy S itu disempurnakan bersama kelebihan teknologi natural berinspirasikan manusia dan alam.
Samsung Galaxy S3 dipacu oleh sistem operasi Android 4.0 teruja melaksanakan operasi telefon berkenaan menerusi skrin paparan Super Amoled definisi tinggi (HD) bersIce Cream Sandwich di samping terbina bersama teknologi mobiliti intuitif tanpa kompromi. Anda pasti akan aiz 4.8 inci.
Gambar rekabentuk Samsung Galaxy S3
Samsung Galaxy S3 mempunyai kamera belakang pintar 8 megapiksel dan kamera hadapan pula beresolusi 1.9 megapiksel. Untuk rekaan pula, model itu mempunyai bentuk ergonomik berkonsepkan alam selain lengkungan kemas yang bakal memberi keselesaan sentuhan dan genggaman di tapak tangan.
Sesuatu yang baru, melalui aplikasi S Voice, peranti berkenaan dapat mengesan maksud sesuatu arahan suara dan seterusnya memberi respons bersesuaian seperti fungsi pencarian maklumat, kawalan muzik, penghantaran mesej atau emel dan rakaman foto.
Bukan setakat itu, kehadiran aplikasi AllShare Cast dan AllShare Play turut membolehkan telefon itu diintegrasi secara Wi-Fi bersama televisyen, komputer peribadi atau tablet bagi tujuan penghantaran fail. 

No comments: