Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif
Showing posts with label Hari raya. Show all posts
Showing posts with label Hari raya. Show all posts

Friday, May 12, 2023

Selesai Puasa Sunat Syawal...Alhamdulliah!

 Assalamulaikum dan Salam Madani


Berposting lagi kali ni dah 20 Syawal kalau tak silap perkiraan bermakna ada baki 10 hari lagi untuk kita berpuasa sunat Syawal yang banyak kelebihannya.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”

(Riwayat Imam Muslim)

Walaupun dalam suasana yang panas dengan suhu yang mencecah 38C kita berjaya harungi juga kerana Allah Taala..Berpuasa berturut hari selama 6 hari..kalau terpisah hari mungkin kemalasan yang melanda gitulah keadaannya..Alhamdulliah Allah bagi kesihatan yang baik bermakna kalau berpuasa gred n Anxiety kita boleh dikurangkan sebaik mungkin jadi sudah tiba masanya kita akan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis pula di samping mendapat pahala juga dapat mencegah penyakit yang bakal mendatang...Masa berlalu dengan cepat sekarang tak terkejar kita tup2 dah hari Jumaat..begitulah kita mengharungi hari2 yang mendatang dengan nimat yang Allah Taala berikan.So berlapang dada.. gitu..😎



Wednesday, May 03, 2023

Selamat Hari Raya..

 Assalamulaikum dan Salam Madani

Selamat Hari Raya..maaf zahir n batin kepada semua umat islam di serata dunia..tahun ini kita sambut hari raya dalam suasana yang cukup harmoni setelah hampir sebulan kita berpuasa menahan diri dari lapar n dahaga dan sewaktu dengannya..maka Allah SWT kurniakan hari kemenangan dan disambut serentak di seluruh negara..

Tahun ni raya dengan keluarga yang cukup lengkap kata orang semua ada kebetulan si Kroll tahun ini giliran dia beraya di Dungun..meriahlah skit dengan suara Mateen sikecik yang sentiasa bertempik riuh rendah dengan suaranya trade mark dia i dont wantttt gitu...semua dont want lake...so tahun ni macam biasa kita buat biskut raya berjenis2 dengan kek mentega lagend sampai 14 biji untuk diberi pada sanak saudara yang datang berkunjung..yang bawa buah tanganlah kita balas dengan sebiji kek gitu...yg datang dengan tangan kosong just makan aje kuih muih yang ada..win2 situasi...

Sempat buat open house kecilan mana yang tidak berkesempatan berkunjung..menjamu selera dengan mee kari dan mee sup gitu...jaudah feberet lah katakan...walaupun dalam keadaan yang tidk begitu sihat..sesekali angin n gerd menyerang melayang2 kita huhu...

open house..simple je..

Kami sekeluarga ..mana si Azyan ni...

Si Mateen n me gitu manja..

Me and faiuz menantu pertama...

kawan Azyan masa Liverpool dulu sempat datang berkunjung sekarang bertugas di KPM..

geng si Azyan...baru boleh berkumpul..



Sunday, May 08, 2022

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

 Assalamulaikum wbt

Salam Sejahtera..semoga dilimpahi dengan rahmat dan hidayahNYA kita dapat berjumpa lagi dalam alam maya ni dengan aura sambutan hari raya masih terasa walaupun tahun ini kita sambut raya dalam keadaan panic tetapi raya tetap raya..😂 Semua perkara jadi celaru keliru terharu dan layu..banyak perkara tidak dapat disettlekan bila raya disambut secara mengejut gini...

So.. tidak lambat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Raya ..Maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung kerana sudah 2 tahun kita tidak dapat beraya bersama disebabkan pendemik ..tahun ni memang raya sakan dan SOP entah ke mana hihi..moga semuanya baik2 saje..InsyaAllah..yang sedihnya ingatkan hari Isnin tu nak buatkan tat nanas  nak buat jugak biskut feraro rosyle tetapi semua itu dah jadi kenangan..huhu semua terbantut..sempat siapkan cukis mane yang sempat saje.. sampaikan langsir pun dak sempat digantung pegangan raya mengejut jadi kenangan tahun ni ..InsyaAllah kita sambung cukis masa raya haji nanti..sebab ari ni dan  stat keje..sebelum pencen harap2 Allah bagi kesihatan yang berpanjangan..

Sempat rakam foto  hari raya untuk tatapan dan kita simpan di sini sebagai kenangan...









Wednesday, May 19, 2021

Salam Aidilfitri...

 Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa


Posting pagi ini dalam redup cuaca yang sejak dua menjak ni panas ceng2 selepas berakhirnya Ramadan AlMubarak selama sebulan..hujan turun mencurah-curah membasahi bumi ini..sejuk dan nyaman sekali nikmat apa yang kau dustai..semuanya dalam limpah rahmah Allah SWT.. 

Rasenya tidak lewat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali..sahabat2 yang jauh di mata dekat di hati..Aidilfitri kali kita kita sambut dalam pendemik Covid 19 yang tidak reda2 tetapi masih merebak dengan cepatnya sehingga diistiharkan PKP 3.0 dan  kunjung mengunjungi tidak dibenarkan sama sekali bagi mengekang pendemik terus meliar dalam masyarakat kita ...sesiapa yang melanggar SOP ini dikenakan denda sebanyak 25K ..banyak tu dan memang dak mampu kita rakyat maheran ni nak bayar..so beringat2 sehingga 6 Jun sehingga kerajaan istihar PKPP semula..bertabahlah hati kerana tidak terjangkau difikiran kita ketika ini sambutan hari raya disambut di rumah sahaja. Bermakna hampir 2 tahun suasana suram ni kita jalani bersama.




Tuesday, May 26, 2020

Selamat Hari Raya Adilfitri...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Bersiaran lagi kita pagi masih dalam aura pkpb fasa ke 5 yang kabarnya berakhir 9 Jun bersamaan buka  sekolah cuti singkat selama 2 minggu ikut takwim sekolah lah..tapi cikgu2 dan budak2 ni dah dicutikan selam 2 bulan gara2 Covid 19 yang menyerang seluruh dunia....

So.. dikesempatan ini diucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri dalam norma Baharu Maaf Zahir n Batin kepada semua umat Islam di Malaysia serta di seluruh dunia..kita sambut di kalangan kita2 aje selama sehari sahaja dibenarkan kunjung mengunjungi keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang dalam satu rumah..huhu..begitulah ceritanya..pemantauan yang rapi daripada PDRM dan tentera untuk memastikan semua masyarakat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan..so berlapang dada lah...Sebenarnya banyak gambar2 yang sempat dirakamkan..nanti diupdate semula kerana telefon kita sedang dicas hihi...



Payahlah nak ajak bergambar..ni rasa pic yang ok skit kalau tidak reaksi muka bagai...huhu

Keluarga kecik kami yang dapat beraya bersama..pakaian memang tidak sedondon..bila dah besar gini payah nak mengatur ikut cara kita..masing2 ada feel msg2..



Monday, June 17, 2019

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah..meriah!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat pagi ...pepagi berentry semula..seorang2 duk pejabat ni memang tenang dan macam2 boleh buat..so posting pepagi ini sambutan hari raya peringkat sekolah yang diadakan pada Khamis 13 Jun lalu memang awsome sangat..walaupun persiapan dalam keadaan tergesa2 almaklumlah buka sekolah pada Isnin..nak buat mesyaurat lagi nak cari dana lagi..nak hias itu ini semuanya memerlukan masa dan komiment cikgu2..dah pengarah suruh raya tahun ni disambut serentak seluruh negeri... idea pengarah JPNT ini dah terlaksana 2 tahun...huhu huru hara skit perjalanan persiapan..

So sebagai peneraju kita kene akur dalam keadaan keterpaksaan...buat mana yang patut bagi memuaskan semua orang dan segala2nya berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan.. Cikgu2 SKPP memang terbaik..bersungguh2 serta sekepala dengan GB.. semua gb nak ..dapat dilaksanakan tanpa banyak cakap pun..kata orang pisang sesikat susu sebelanga tanda maufakat bersama-sama..Sayang rasanya nak bertukar ke sekolah lain huhu...

Disebabkan raya disambut serentak..tetamu yang hadir tidak seperti yang diharapkan...banyak sangat undangan serentak payah untuk memenuhinya..dan mereka siap cakap beritahu ke pengarah beri tempoh selama seminggu ke sek untuk sek tentukan tarikh yang sesuai supaya majlis tidak bertembung macam ni...bagus jugak idea itu nnti kita panjangkan pada JPNT kut2 nak diterimanya..

Tahun ni..pelbagai jaudah disediakan semua makanan yang sedap2 tu memang ada..terlebih menu lah pulak..masing2 excited kut nak bawa makanan sendiri..acara yang paling ditunggu pengumuman pakaian cantik di kalangan murid-murid..payah juga hakim nak cari pemenang seramai 25 orang ni...cikgu2 tahun ni kurang menonjol pakaian sedondon..payah nak jugok nak cari pemenangnya..apa2 pun semuanya berjalan lancar.Ucapan terima kasih tidak terhingga pada AJK kelab guru kerana berjaya mengendalikan majlis ini dengan baik..Ini bermakna kontrak anda semua disambung lagi sehingga GB bertukar hehehe..
Pentas yang cantik dibuat spontan tetapi menjadi...tqvm memang hebat..

Melaram..guru2 lelaki lepas geram...suka2

pakaian sedondon yang terpilih..memang sedondonlah ..

Tuesday, June 11, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa 


Alhamdulliah..bertemu kembali dalam suasana Hari Raya..walaupun hari ini dah masuk hari raya ke 7 tetapi sambutannya masih terasa dan disambut lagi...Raya kan sebulan..hehehe..Dikesempatan ini diucapkan Selamat menyambut hari Raya Maaf Zahir dan batin kepada semua sahabat taulan..sanak saudara..rakan2 Facebook dan yang mengenali diri ini..Dan sekolah kembali beroperasi seperti biasa setelah dua minggu bercuti raya dan Ramadan sekali..kata orang sambutan dan persiapan yang hendak dibuat memang menjadi kerana terlebih cuti dan cikgu2 pun tidak merungut dan mengambil CRK yang panjang mana yang ingin pulang ke kampung halaman..

So..Kami tahun ni sambut raya berlima sahaja..seorang balik ke Kedah kerana tahun ni giliran di sana dan Si Azyan masih di UK katanya nak habiskan saki baki PHDnya yang masih berbaki  sehingga akhir Jun..InsyaAllah sempat lah tu siapkan tesis..doa mami sentiasa mengiringi dalam setiap sujud..Persiapan macam biasa..sate tetap jaudah utama kami berserta dengan kuah kacang dan nasi impit sekali..semua homemade lake..tiada yang beli kerana kita n anak2 sejak dari dulu buat sendiri semua kuih muih dan jaudah raya..yer jimat dan dapat kuantiti yang banyak..boleh makan sampai kenyang dan bertambah2..rezeki Allah Taala kata orang tak salah tempat.

Tahun ni tiada tema baju yang khusus semua pakai hentam dan sesuai dan memenuhi citarasa yang pelbagai..sebab semua udah besar dan ada pilihan sendiri..raya orang dewasa ni bukan macam raya bebudak sekolah rendah tidak demand apa2 pun..janji raya tu ada baju Melayu sudah dikira ok dan selesa di pakai.

Pendek kata tahun ni semua biskut raya abis licin..huhu dak tahu kenapa yer agaknya kuih raya pelbagai skit dan tetamu yang datang tu agak ramai dan bila kita kata semua kuih ni homemade semua ingin merasanya...terkadang air tangan sendiri lebih sedap kut...hehehe..




Kroli bersama isteri Fairuz beraya di Kedah..

Azyan bersama kawan2 beraya di UK 


Thursday, June 21, 2018

Selamat hari Raya Aidilfitri..


Assalamulaikum dan salam sejahtera...rasanya tidak lewat lagi untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri dan maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam walaupun di mana sahaja berada..sesungguhnya hari raya merupakan hari kemenangan kepada mereka yang berpuasa dan selamat menjalani ibadah puasa yang hanya pada bulan Ramadan pahala dilipatkali ganda kepada mereka yang menyahut cabaran daripada Allah... Raya tahun ni macam hambar je yelah Si Azyan tidak bersama-sama kali ini atas alasan untuk beraya sakan di UK bersama student yang lain memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir pengajian PHD di sana...keluarga di sini berlapang dada je sebab memang hak dia nk beraya di mana yang pasti dia bahagia dengan kehidupannya sekarang...

Walaupun begitu kita masih punyai anak menantu Fairuz Syayida yang mengganti tempatnya sesekurang-kurangnya dapat mengubat rindu pada Azyan..macam biase tema tahun ni warna kelabu yang nature dan cantik..apa2 ni kita ibu bapa banyak mengikut anak2 dalam memilih tema ni...kata orang tak bertema tak apa janji dapat raya..hihi..so tahun ni jaudah utama seperti biase kami akan membuat sate dan nasi himpit..tu pun atas usaha dan jerih payah Kroll dan Fairuz je yang buat sebab proses untuk menyiapkan sate ni memang payah dan banyak kerja...padan dah harga sate sekarang ini sampai mencecah RM0.70 sebatang mengikut banyak sedikit pada lidi bergantung kepada sipembuatnya...dengan 4 ekor ayam kami dapat 300 cucuk sahaja kerana ayam yang tidak berapa besar tapi sekurangnya hasil tangan sendiri dan merasanya bersama2 dengan tetamu yang sempat bertandang pada hari raya pertama..

Ibu pulak cuti seminggu sebelum raya semata2 nak buat kuih raya yang setiap tahun tidak miss buatnya..air tangan kita tiada tolok bandingnya..di samping dapat kuantiti yang banyak dan dapat makan sepuas2nya daripada kuih raya main tunjuk2 je.. yang kuih rayanya cukup mahal dengan kuantiti yang sedikit..bebudaknya bab makan jangan kiralah dengan tabung kuih sendiri diambilnya huhu...so..gambar di bawah ni menceritakan kisah kami bila tiba hari raya...


sempat bergurau minta maaf banyak2 skit sebab dosa mami dengan abah berguni-guni hihi..
Bukan senang nak berposing gini...macam2 alasan bila anak2 yang aturkan gini jadinya...
Bersama dengan anak menantu..terubat pada Azyan 


Antara kuih muih yang menjadi kegemaran kami yang sempat disiapkan
kek Mentega antara kek yang sentiasa menjadi perhatian dan habis licin..




Sunday, July 02, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri ...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf zahir dan Batin kepada semua umat Islam yang merayakan Aidifitri..moga raya tahun ini kita masih lagi diberi kesihatan yang baik dan mampu menjalani ibadah puasa sehabis baik...Alhamdulliah raya tahun ini dikelilingi anak-anak dan nekmanya..
semua ahli keluarga berkumpul di rumah...mungkin tahun depan berubah bilangannya...sebab si kroll dah jadi suami orang..Insyaallah..dengan izin dan rahmahnya...Tema kami pada tahun ni warna pupple...yang paling teruja si kecik Azeem sebab abang2 n kakaknya dari UK dapat bersama-sama kali ini....


Sunday, October 20, 2013

Salam Aidil Adha...

Sabtu 19 Okt.2013

Salam Sejahtera untuk semua....berblog semula setelah pening n pitam sebab banyak sangat makan daging korban...sebelum tu agak terlewat nak ucapkan Salam Aidil Adha kepada semua kaum muslimin di Malaysia n serata dunia....Cuti yang agak panjang selama 5 hari...di pantai timur tapi di sebelah barat hanya diberikan sehari cuti...sedangkan Aidil Adha lah perayan yang begitu penting dan sinonim dengan pengorbanan besar Nabi Ibrahim mengorbankan anak kesayangannya..tetapi Allah gantikan dengan seekor kibas sebagai korban...banyak pengajaran dari kisah pengorbanan ini...takbir raya berkumandang selama 2 hari tidak pada sambutan Aidil Fitri...ini menunjukkan penting Aidil Adha di sambut dengan penuh ketakwaan....

So...pejam celik dah habis 5 hari...esok mula besekolah kembali...minggu peperiksaan akhir tahun....minit-minit terakhir sebelum bercuti panjang....cikgu macam lipas kudung...semua mesti disettle seperti yang dirancang...Sempat menyiapkan dua assigment dalam masa lima hari...huhuhu rasa keras jari jemari duk tekan ke keyboard....sebab banyak aktiviti persenal menunggu..kene siap awal-awal...mengarang assigment ni perlukan komiment yang tinggi n sabar sentiasa....dengan rutin harian yang tidak surut...semua kerja kita yang uruskan dari sekecil-kecil kerja hingga di luar kemampuan kita sendiri....apa-apa pun redha dengan apa yang ada...tidak mengeluh tapi sekadar meluahkan di sini sebagai ubat hati supaya tidak stress....

Dan.....membaking semakin sepi...tumpul idea...semua tempahan stop buat masa ni...cuma buat utk mkn2 dan hubby event sahaja.. bila semua assigment siap buke balik tempahan....harap-harap semua bersabar ya...mana2 yang mengidam tu..tunggu ya sempat lagi gamaknya hehehe....yang sedihnya... tadok mood langsung nak buat kek raya aji ni....


Saturday, August 17, 2013

warna-warna Aidilfitri...dalam kenangan!

batch spm 1982...dalam kenangan

shamsiah

shaifuddin dan azizi

shamsi

roslina n zailida...kalau bercakap dok tahu sape dulu hehehe...

kamarbanu...

pahlova sebagai dessert yang paling femes...

antara kek yang sempat diberikan kepada mereka yang.......

masih seperti dulu...20 tahun kemudian...montel

kunjungan yang tidak pernah jemu bertandang...

Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya...maaf zahir batin!

Sabtu 10 Ogos 2013

Salam Syawal untuk semua...moga keringan menyambut bulan kemenangan ini di sambut dengan kesederhanan dan kesyukuran bahawa bulan Ramadhan yang berlalu pergi banyak memberi keinsafan dan kita beroleh keberkatan yang tak hingga nilainya...berharap dapat bertemu lagi  dengan Ramadhan pada tahun hadapan dengan semangat dan iltizam yang baru...Insyaallah..

Rasanya masih dalam aura raya walaupun hari ini kita menyambut raya ke 3....masih berbaki untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada rakan taulan,sahabat FB, kerabat blogger,sanak saudara..anak-anak dan hubby semoga ikatan ukhuwah yang terjalin berpanjangan dan redha Allah sentiasa berdenyut dalam ruang nafas kita...dilimpahi dengan keamanan dan semangat kunjung mengunjung serta tangan dihulur salam bersambut kita lupakan sekejap sengketa yang masih segar itu...agar kemaafan itu menjadi titik tolak dalam meneruskan perhubungan....

Kepada mereka yang berkunjung tu...alhamudulliah kedatangan kalian semua di teratak ini membawa kerahmatan kepada kami sekeluarga....meski hidangan tidak menepati selera..tetapi kita mampu tersenyum menghirup syahdunya Syawal dalam ingatan kita kepada yang telah tiada...terutamanya pada ayah dan kedua-dua adik yang terlebih dahulu menyahut seruan ilahi...dalam usia yang muda...Alfatihah untuk mereka bertiga...iringan doa dan yassin mengiringi kalian tika sempat...menyentuh lembutnya pepasir di pusara mereka...foto-foto yang sempat dirakamkan akan menyusul kemudian...Insyaallah!


Monday, August 27, 2012

Rumah terbuka...

Isnin 27 ogos 2012

Salam Isnin n Salam Syawal untuk semua....moga dirahmati....berblog kembali setelah sekian lama senyap sunyi....beraya sakan nampaknya tahun ni...sampaikan blog pun berhabuk tanpa diusik sejak dua menjak ni....

Entry tengah hari ni....rumah terbuka...istilah baru dan menjadi budaya baru dalam masyarakat kita sekian kalinya...apa tidaknya jika tiada jamuan di rumah maka kita memang tidak berkunjung n bertandang ke rumah seseorang....sedangkan ziarah-menziarahi menjadi budaya spontan yang tidak perlu dijemput....kita jadi terasing di kawasan jiran kita sendiri...hinggakan duduk sebelah menyebelah pun mahu dijemputnya......

Berkunjung ke rumah Kak Nor sempena majlis rumah terbukanya...setelah tuan rumah seminggu berhari raya di kampung....maka dibukanya rumah seluas2nya untuk dikunjungi...atas alasan..panggil sekaligus begini jimat masa,tenaga n belanja sekali...apa yang penting masa melayan tu dapat dijimatkan....sekali harung selesai....yang ingin ditonjolkan di sini suasana warna,susunatur perabot serta kekemasan rumahnya menjadi tarikan....terasa damai n nyaman bila berada di laman serta ruang tamu rumahnya....apa tidaknya suami isteri ini memang kaki menghias dan mendeko rumah.....pendek kata setiap ruang dihias secantik mungkin ala2 inggeris gitu......

Mana yang serabut n tension datanglah ke rumahnya nescaya tenang jiwa....betullah anggapan "rumahku syurgaku"....bila kedua2nya berjiwa seni semua perkara yang dibuat nampak kena n cantik dipandang....yang penting lagi ongkosnya mesti tebal.....