Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, April 29, 2013

Pesan Iman Ghazali...!

Isnin 29 April 2013

Salam untuk semua. Terbaca artikal pasal pesan Iman Ghazali kepada kita semua....rasanya sipenulis ni agak kreatif....dipendekkan fakta sehingga menjadi isi-isi penting dan dikreatifkan lagi dengan ilustrasi gambar yang menarik untuk diingati...semoga keikhlasan dari penulis ini banyak membantu kita mengingati pesan beliau secara cepat....sharing is caring...

Sunday, April 28, 2013

Aneka kek...sempat disiapkan!

Ahad 28 April 2013

Salam untuk semua...moga dirahmati... hari ini baru berkesempatan menulis di sini sejak sekian kalinya tertangguh...tangguh n tangguh...pasal laptop memang agak malang terpaksa booking yang baru...pasal motherbord dah rosak....nak baiki tak padan dengan harga tambah skit lagi dapat laptop baru...duit kalau nak abis kejap aje....ada je perkara yang tidak terfikir  terjadi...

Posting pagi ni...kek n kek yang sempat dibuat untuk tempahan...yang agak malang kek hari jadi Azeem tidak dapat dipostkan di sini...sebab semua pic tu dah terdelete tanpa diduga..frust memang frust..sebab kek tu memang cantik n besar dengan deko yang lain dari yang lain...permintaan dari Azeem sendiri...kita merancang tetapi Allah tidak merestuinya...pasrah saje..







Tuesday, April 23, 2013

Tahniah...anda terpilih?

Ahad 21 April 2013

Salam untuk semua....lama tidak update blog...kontang idea sbb laptop dah masuk bengkel...bila  laptop rosak  semua kerja terbantut...sebab  banyak maklumat duk dalam tu...terutama gambar kek yang dibuat... selebisnya handfon entah macamana terdelete foto kek yang sempat dirakamkan....problem yang bertimpa2...pendek kata zaman IT kalau laptop rosak ditambah h/set buat hal kita jadi kelu.....macam katak di bawah tempurung...tak tahu apa-apa pasal perkembangan semasa....lebih2 lagi demam pilihanraya yang melanda...Apa2 pun tahniah diucapkan pada ex PK1 SKFSR yang berjaya menjadi calon....

Kata orang nak lantik pemimpin...semua perkara kita kene nilai baik yang berhubung dengan dunia lebih2 lagi soal-soal akhirat...pemimpin yang mampu mambawa anak buahnya ke arah kebaikan dan menunjukkan teladan yang baik patut disanjungi dan diangkat sebagai pemimpin yang mewarisi kepimpinan Nabi junjungan kita....kalau nak huraikan satu persatu panjang lebar hanya mereka yang arif mampu mentakrifnya dalam konteks yang lebih khusus. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Cikgu Wan Hapandi dan Cikgu Zakaria Ali kerana anda berdua juga dikalangan guru dan dipilih menjadi pemimpin masa depan...walaupun berlainan parti tetapi semangat untuk membawa perubahan kepada negara menjadi agenda utama anda berdua kerana harapan rakyat inginkan sesuatu yang mempu mencorakkan masa depan mereka ke arah yang lebih baik dan sempurna....wassalam..





Wednesday, April 10, 2013

Pavlova lagi!...

Rabu 10 April 2013

Salam Rabu untuk semua.Moga dirahmati. Demam pilihan raya makin ketara...sana sini dok sunyi dengan bendera-bendera yang bergantungan...meriahnya macam nak hari raya je...rasanya tidak sabar menunggu pengumuman SPR bila tarikh sebenar mengundi....

Entry pagi ni...sebelum masuk web tukar guru...isi jangan dok isi...satu kewajipan yang tidak akan diabaikan...sebelum tu nak promote pavlova yang menerima tempahan....pada yang tidak merasa lagi bolehlah mengorder...mewah dengan buah-buahan..tu lah sebabnya kek ni menjadi tarikan kepada para penggemarnya...rasanya manis-manis masam disebabkan rasa buah yang bercampur-campur tu...Resepi? dalam intenet ni banyak resepinya siap dengan cara nak buatnya...log ya..nak seribu daya ...



Sunday, April 07, 2013

Khasiat Buah Pisang....!

Ahad 7 April 2013

Salam Ahad untuk semua. Berjumpa semula di sini. Cuti hujung minggu yang penuh dengan aktiviti memaksa rumah terbiar kejap...Jumaat ke Pekan Pahang...sehari suntuk duk settle urusan anakde...Sabtu terus ke Terengganu kelas UPSI dan dalam masa yang sama sempat lagi menghadiri kelas coaching Public Gold...nak tahu detail pasal company ni klik sini . sesiapa yang berminat pasal pelaburan emas boleh lihat website ni...dak pun hubungi saya..hehehe saya akan cerita panjang lebar pasal emas..sbb tiga hari lepas harga emas menjunam turun...masa yang paling sesuai membeli emas....sekarang emas tengah melonjak naik...so tunggu entry akan datang pasal ni.....

Sebut buah pisang...semua orang tahu rasanya dan kurang tahu khasiatnya secara teperinci..kita sekadar menikmati rasanya tetapi kurang arif pasal kandungan mineralnya...so..sharing is caring...

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

  Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!