Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif
Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Friday, January 20, 2023

Kerajaan Perpaduan...Dato Seri Anwar Ibrahim!

 Assalamualikum dan Salam  Sejahtera..

Berposting lagi lewat senja masih menuggu azan isyak..kita coret skit tentang politik Malaysia tercinta ini..Kerajaan perpaduan pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim selaku PMX gelaran yang diberi baru ku tahu bahawa PMX tu bermakna Perdana Menteri Malaysia ke 10 buruf roman gitu..macam2 lah netizen  cuba gambarkan pada perdana Menteri Malaysia yang dirasakan ramai di luar sana menanti ketokohan beliau untuk memimpin Malaysia supaya Malaysia kembali menjadi negara yang disegani..dikagumi di dunia dan kembali kepada sebuah negara yang berintergriti dan maju ke depan..moving foward dalam erti kata yang sebenarnya..

Setiap hari sebelum tercetus piliharaya ke 15 terdetik di hati ini untuk melihat beliau menerajui Malaysia dan cuba membawa Malaysia setanding dengan negara lain dalam aspek ekonomi dan cuba melonjakkan pasaran saham serta menaikkan mata wang Malayasia ke paras yang yang tertinggi..Alhamdulliah tidak sampai 3 bulan memimpin Malaysia sudah nampak pengaruh dan kecaknaan tahap gaban terhadap rakyat dan ekonomi Malaysia disuakan dengan begitu rupa tanpa mementingkan cuti dan sentiasa bergerak cergas serta mempunyai misi dan visi beliau tersendiri dalam membawa perubahan serta memacu proses pentadbiran yang cekap  berlandaskan tatakelola yang sebenarnya berprinsipkan perlembagaan Malaysia..

Tidak rentan dengan kritikan dan cemuhan dari pihak yang cuba menggugat kerajaannya, beliau kelihatan tenang dan senang menjawab segala persoalan yang ditimbulkan dan dibibirnya sentiasa terucap rakyat maheran yang perlu diutamakan tanpa melibatkan pembangunan bersekala besar..Justeru sikap dan prinsip menegakkan keadilan dalam apa jua keadaan dengan menekankan keupayaan negara meningkatkan sumber pendapatan diberi keutamaan . Budaya rasuah yang menjadi duri dalam daging serta memburuk dalam negara cuba dipulihkan sebaik mungkin agar Malaysia berada di landasan yang betul dalam indeks rasuah..tidak mencampuri urusan mahkamah dan menentukan sistem kehakiman berjalan tanpa gangguan dari pihak kerajaan dan menjadikan mahkamah bebas daripada unsur politik dan diadili secara saksama..

Apa pun kerajaan perpaduan ini cetusan daripada Yang Diperuan Agong dilihat mampu mengstabilkan politik Malaysia walaupun ketidakpuasaan hati dari dari pihak pembangkang sentiasa mencari idea untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada demi kepentingan politik masing2..

So..sebagai rakyat cintakan keharmonian berbilang kaum merasakan bahawa sudah sampai masanya ketepikan politik sombong serta sama2 cuba memberi idea yang bernas dan membantu kerajaan perpaduan ini sehingga habis penggal...salute to you Dato Seri Anwar Ibrahim idola saya dari dulu hingga sekarang...salam refomasi..




Sunday, September 20, 2020

Tujuh Hari Mencintaiku..terjebak!

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..


Berposting lagi pagi ini dalam suasana redup dengan hujan yang sangat lebat..memandu ke sekolah tetiba terdengar lagu Aku Bidadari Surgamu nyanyian artis Siti Nurhaliza..lagu yang sedap didengar dengan lirik yang membuai emosi..hihi maka terjebak i sekali lagi dalam cerita ni..walaupun sebelum ni memang dak layan lah cerita melayu ni yang jalan ceritanya hampir sama..kisah rumahtangga ..percintaan dan berbagai lagi yang dirasakan macam tidak membangun jiwa dan semangat untuk maju ke depan..anggapan  tika itu..setelah meletupnya cerita ni untuk siri ke 2 dan diviral dalam banyak media..i pun cuba menyelidik tema dan jalan cerita yang cuba diketengahkan oleh penerbit cerita ni Datuk Ziela Jalil..

So...mulailah bermanja dengan medium youtube untuk menonton Tujuh hari mencintaiku bagi mengetahui jalan cerita yang sebenarnya...maka i jadi terjebak..terjerat dan terus tidur dalam plot cerita ni yang menarik dan dibantu dengan pelakon yang hebat serta plot ceritanya yang sentiasa tergantung setiap episod...adula..episod pertama hingga ke episod terakhir dalam 28 episod 2 hari khatam..hahahah..my hubby yang pada mulanya pengkritik tegar pun terjebak sama dan sanggup menunggu sehingga habis episod..

Tetiba hati terpaut pada pelakon utama Shukri Yahya yang romantik..hansem dan rasanya dalam 100 orang lelaki yang ada di Malaysia ni tiada lelaki yang setanding dengan watak shukri ni yang sabar..romantik dan cool je serta sabar tahap gaban....adula shukri watak anda ni memang menjadi serta menjadi pujaan dan angan2 pada wanita di luar sana yang menginginkan seorang lelaki begitu..yang bertanggungjawab dan seorang suami yang terlalui mencintai isteri dan keluarganya..terkadang kita pulok yang anggap dia tidak berwibawa dan terlalu baik sebagai seorang lelaki..wataknya yang bersahaja dan mimik muka yang dibuat mampu menarik penonton merasa sama2 menanggung segala penderitaan yang ditanggungnya..

Tidak terkecuali watak Siti Saleha yang memang seorang wanita yang ego..dia saje yang betul dan tidak memperdulikan perasaan orang lain serta terlalu mementingkan diri sendiri dalam setiap pelakuan dan pengucapannya..pandai pengarah mencari pelakon yang dapat membawa watak dengan begitu baik sekali..seperti juga dengan watak Mek Leha cukup berkesan dan menghidupkan jalan cerita ni menjadi setiap episod ditunggu2 oleh peminatnya..

Jadi..masih menunggu TV3 uplod keseluruhan episod dalam youtube untuk ditonton kepada mereka yang tertinggal siri ke 2 ni sebanyak 33 episod..rasenya ending siri yang pertama sudah cukup lengkap dengan happy ending gitu..so kita tunggu n tunggu yer..dak sabar untuk melihat watak shukri yahya yang cool gitu..


Sunday, March 15, 2020

Mandat Rakyat dikhianati..terkedu!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Bersua kembali dalam kemelut politik negara yang tidak kesudahan dan rasa terganggu dengan tumbangnya kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat oleh segelintir manusia yang khianat pada amanah dan mandat yang telah diberikan menerusi PRU 14..terasa macam dipermainkan oleh golongan pengkhianat ini yang mementingkan kuasa..pangkat dan jawatan tanpa memikirkan bahawa Malaysia memerlukan para pentadbir yang mampu menolak rasuah dan mewujudkan kerajaan yang bersih tanpa ada unsur-unsur jahat yang menidakkan harapan Malaysia untuk melihat sebuah kerajaan yang berintegriti dan  beramanah..

 Selayak-layaknya mereka ini patut dihumbang  jauh-jauh dan disisihkan dalam masyarakat kerana mereka inilah rakyat hilang keyakinan kepada ahli politik yang bernafsu besar tanpa memikirkan masalah rakyat dan ekonomi yang cukup tenat sekarang ini. Beri peluang kepada mereka yang dilantik secara sah untuk memerintah selama 5 tahun..jika tidak sesuai dan mengkhianati negara dan tidak jujur buang mereka dalam PRU 15 bukan menukar kerajaan di pintu belakang kerana perbuatan ini amat jahat dan tidak bermoral serta tiada kemaafan yang patut diberikan..

Bayangkanlah jika perkara ini berlaku di sekolah ..tentu yang menjadi mangsa murid-murid yang tidak berdosa ditadbir oleh mereka yang semata-mata mementingkan pangkat dan jawatan..menyalahkan orang lain mencari salah orang tanpa bukti yang kukuh sekadar membuat tomahan dan  dendam kesumat yang tidak pernah padam..takutlah pada Allah kerana jawatan yang disandang tanpa berkat tidak ke mana kerana imbuhan yang kita terima dari sumber yang tidak halal untuk dimakan oleh anak bini di rumah..porak perada jadinya..selamanya Malaysia tidak akan aman dariapda mereka yang khianat ini..Jangan jadikan bangsa lain sebagai bahan untuk menjatuhkan negara kerana kita telah berada dalam lingkungan berbilang kaum sejak 60 tahun dahulu dan sama-sama membesar di bumi Malaysia yang bertuah ini..So..pada mereka dan parti yang dikhianati ini mungkin ada hikmah disebalik perancangan ini..mungkin ada sinar di sebalik itu yang totalnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat akan diangkat kerajaan terbaik untuk PRU15 nanti InsyaAllah..Aaaminn..


Thursday, May 17, 2018

Malaysia Baharu...Bangga!

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.. Bersua lagi dalam Malaysia Baharu..rasa teruja..bangga dan cukup gembira  kerana proses pilihan raya berjaya diadakan dengan majoriti yang melebahi dari apa yang kita jangkakan.. kuasa rakyat kuasa keramat dan rakyat mahu perubahan dalam pentadbiran negara serta tumbangnya BN yang berjaya memerintah selama 60 tahun cukup lama dan mencengkam jiwa dengan ancaman dan ugutan kepada kami penjawat awam...dipaksa menghadiri perjumpaan dan taklimat yang entah apa2 yang menyebabkan kami merasa tertekan dan terpaksa meninggal kelas semata-mata untuk menghadiri ceramah yang tiada kaitan dengan profesion keguruan pun...

So...dengan terlantiknya PM kita yang baru PM ke 4 tetapi dilantik semula menjadi PM ke 7 segala kekusutan  kegetaran rakyat mula menampakan sinarnya...langit tidak selalunya cerah...ada masa kita terpaksa menerima perubahan dalam apa cara sekali pun..rakyat sedar kuasa menindas rakyat terpaksa ditukar dan kita mahukan keadilan...ketulusan serta rakyat berani bersuara untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka...caranya melalui peti undi..PRU 14 membuktikan segala-galanya tidak mustahil dalam membentuk kerajaan baru yang baik dan lebih sempurna...Tahniah dan syabas rakyat Malaysia perubahan tampuk  pemerihatan dilakukan tanpa pertumpahan darah tetapi dalam suasana yang cukup harmoni serta bijaksana...So mane-mane pemimpin yang terdahulu terpalit dengan rasuah atau sebarang perlakuan yang menyimpang daripada keberadapan yang betul kita hadapkan ke mahkamah melalui proses undang2 yang sudah diperuntukkan..tiada keistimewaan diberikan kepada golongan ini...so berlapang dada buang yang keruh ambil yang jernih...


Friday, June 28, 2013

Samsung Galaxy S3 paling diminati....

Jumaat 28 Jun 2013

Salam Jumaat untuk semua....berentry lagi di penghujung malam...entry kali ni lain sikit pasal semenjak dua menjak ni kegilaan gajet baru semakin menjadi-jadi...nak kata ada duit lebih tidak juga...nak kata dapat bonus jauh sekali...tetapi nafsu untuk dapatkan gajet baru membuak-buak...bila melihat si azmir dah dapatkan Samsung Galaxy S4 yang diidamkan selama ni....dia seorang ni memang suka pada teknologi terkini...perabih duit dok apa asal apa yang dihajati tercapai....apa yang penting tidak mendesak ibu n ayahnya untuk dapatkanya....anak-anak ni kalau dia nak sesuatu dia kene usaha sendiri...kita mak bapak memang tak akan layan permintaan yang pelik-pelik....

Sepetang duk round semua kedai....melihat model Samsung yang berkenan di hati dan bajet sekali...dengan rebet si Azyan dapatlah Samsung Galaxy S3 yang difikirkan sesuai dan tidak nebeng sangat...pada note 2 yang besar n canggih serta reganya yang kurang menawan....bila ditukarkan dengan rebet harganya dah jadi RM1100...bolehlah.....suaipadan dengan kemampuan dan kapasiti penggunaannya yang tidak melampau......didatangkan dengan warna putih yang kurang digemari tetapi itulah harga yang ditawarkan....agaknya ramai yang tidak menyukai warnanya kut sebab tu tuan punya kedai itu boleh beri harga sedemikian.....bawah ni sedikit ulasan pasal Samsung Galaxy S3..Samsung, pengeluar dengan banyak idea, telah menggabungkan telefon pintar dengan pelbagai assesori yang menjadi kegilaan pada semua generasinya....

Samsung Galaxy S3 merupakan generasi ketiga untuk legasi peranti Samsung Galaxy S itu disempurnakan bersama kelebihan teknologi natural berinspirasikan manusia dan alam.
Samsung Galaxy S3 dipacu oleh sistem operasi Android 4.0 teruja melaksanakan operasi telefon berkenaan menerusi skrin paparan Super Amoled definisi tinggi (HD) bersIce Cream Sandwich di samping terbina bersama teknologi mobiliti intuitif tanpa kompromi. Anda pasti akan aiz 4.8 inci.
Gambar rekabentuk Samsung Galaxy S3
Samsung Galaxy S3 mempunyai kamera belakang pintar 8 megapiksel dan kamera hadapan pula beresolusi 1.9 megapiksel. Untuk rekaan pula, model itu mempunyai bentuk ergonomik berkonsepkan alam selain lengkungan kemas yang bakal memberi keselesaan sentuhan dan genggaman di tapak tangan.
Sesuatu yang baru, melalui aplikasi S Voice, peranti berkenaan dapat mengesan maksud sesuatu arahan suara dan seterusnya memberi respons bersesuaian seperti fungsi pencarian maklumat, kawalan muzik, penghantaran mesej atau emel dan rakaman foto.
Bukan setakat itu, kehadiran aplikasi AllShare Cast dan AllShare Play turut membolehkan telefon itu diintegrasi secara Wi-Fi bersama televisyen, komputer peribadi atau tablet bagi tujuan penghantaran fail. 

Monday, June 10, 2013

Cikgu dan masalahnya!

Isnin 10 Jun 2013

Salam  untuk semua...bersiaran semula setelah blog hampir diliputi lalang..malas betul nak update...bukan tiada cerita nak post tetapi time malas gini...nak menaip pun malas...belum lagi walkblogging kekawan yang lain...rasenya mereka juga seperti kita juga....yang aku tabik hormat blog mat gebu sentiasa dikemaskini...hari2 buleh post masakannya...memang si mat  ni orang yg disiplin n rajin........peminat dia juga ramai yang berkunjung n komen membina sekali...

Kejadian malas tahap gaban ni salah satu puncanya pekse dok abis lagi...ada satu paper lagi yang tinggal....bila dok selesai tu jadi gininya...serba tidak kene...baca dok pun...esok nak pekse malam ni br nak buke buku....kata orang ambil berkat buka buku hehehe....tu lah carry mark asyik merundum je berbanding dengan sem 1 n sem 2....

Sebelum tu...nak ucapkan tahniah pada sesaing yang berjaya naik pangkat dari DG32 KUP kepada DG34 KUP....walaupun beza gaji ada yang cuma RM10 saje berbanding gaji asal...kahkahkah...macam2 karenah skim gaji cikgu ni...apa-apa pun alhamdulliah naik juga mata gaji walaupun ciput...perjuangan KPPK kepada golongan guru....pada yang tidak dapat lagi macam amber ni...bersabar ya ada hikmah di sebalik itu.....yang kurang enak didengar dan menjadi buah mulut bila dah dapat jawatan PK hakiki DG32 terpaksa turun pangkat jadi cikgu biase sebb tarikh lantik tu dilewatkan pada gred hakiki....rasenya kalau bukan di kalangan cikgu ni kurang mengerti penjelasan ni...baca je lah sekadar berkongsi info......Harapan kita cikgu bawahan ni ada penjelasan yang boleh memihak kepada cikgu dari KPM serta KPPK salah satu badan yang paling terkedepan dalam menyelesaikan isu2 berbangkit dari guru-guru yang ahlinya sahaja ya....

Bila bincang pasal guru ni...1001 macam masalah yang mereka hadapi...sebab tu ramai di kalangan guru padam awal...sebab stress...bebanan kerja dan tidak lupa karenah birokrasi di sekolah dan jabatan sendiri....maknanya guru terpaksa selesaikan masalah sendiri untuk survival dalam kerjayanya.......




Saturday, June 01, 2013

Selamat Hari Lahir...!

Sabtu 1 Jun 2013

Salam untuk semua.Moga dirahmati. Hari ini tanggal 1 Jun...bermakna meraikan hari lahir untuk diri sendiri heheheh....juga bermaksud bertambahlah usia senja kita menghampiri separuh abad...rase-rasenya baru aje sambut hari lahir ke 30...kepada semua yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan untuk kita terima kasih bebanyak kerna kalian masih mengingati tarikh keramat ini...jauh disudut hati ini rasa amat teruja,sedih dan apa-apa perasaan yang dekat dengan jiwa ini melewati usia yang semakin dekat dengan penciptaNYA....teralpa seketika...sebab rasa kerdil dalam meniti usia begini ilmu akhirat masih ciput berbanding dengan kesihatan yang Allah berikan....masih menyedup segarnya udara free yang dibekalkan....masih melihat indahnya pelangi tika hujan turun...segala-galanya free dan free...terima Kasih ya Allah di saat ini aku masih lagi bernafas di alam fanaMU...

Jua...dikurniakan insan-insan yang istimewa di sekeliling kita...penguat semangat dan cita-cita...pada hubby terima kasih yang tidak terhingga tika usia begini masih setia pada yang satu..meski batas perjalanan kita sering terlepas amarah, terkadang mengulit pelangi di mata,tetapi hakikatnya kita masih lagi bersama....juga pada anak-anak jadilah anak-anak yang mendengar kata dan sentiasa mendoakan kesejaheraan bondanya dengan tidak menyakiti hati , sentiasa berbaik sangka dan berlapang dada dalam segala hal...muah untuk semua!!!!!



Friday, May 24, 2013

Adohai..periksa!

Jumaat 24 Mei 2013

Salam Jumaat untuk semua moga dirahmati...rilek minda seketika...setelah siapkan cupcake tempahan...terpaksa tolak dua tempahan kek kahwin dan kek hari jadi...pasal tak semena-mena ada jadual kelas tambahan dari tahun 1 hingga tahun 6...yang tak pernah dibuat orang...semata-mata nok rebut baiah yang diwar-war...so cikgu2 yang jadi mangsa...tak tahu apa sebenarnya yang ingin dicapai...pengurusan lama gitu lah...bila salah buat jadual dengan komplin dari cikgu2..dok pasal-pasal kita yang dihentam atas alasan cakap banyak ttp bila mintak pendapat hampeh!...tuduhan liar dari seorg PK 1 lantikan jabatan...bila masa dia mintak pendapat dr cikgu2 pasal jadual ni..tak tahu menari dikatakan papan jongkang jongkit...

So...entry awal malam...setelah serabut duk mikir hari-hari peperiksaan untuk semester ni...sebab topik PJ yang agak susah...mane mahu ingat anatomi badan manusia...macam nok ambil title doktor pulok bila buka modul ni...pening doh wasenya....baca berulangkali hasilnya tak ingat2...bila lama skit study kepala pun naik pusing....nak ajar PJ sekolah rendah je...duk kaji macam nok bedah orang..hishishis...last sekali buka facebook,baca blog politik.wapsup....untuk tenangkan jiwa...pendek kata laptop n intenet memang tidak boleh dipisahkan...kalau tak ada putus segala urat nadi...so foto di bawah ni menceritakan segala-galanya pada yang bergelar student di usia senja gini hehehe....

Thursday, May 16, 2013

Cikgu dan Hadiah..sinonim!!!

Khamis 16 Mei 2013

Salam Khamis dan Selamat Hari Guru kepada semua guru di luar sana selagi anda dipanggil guru maka sambutlah hari keramat ini kerana anda yang sambut dan anda juga yang meraikan....semacam cikgu n hadiah memang tidak dapat dipisah ibarat lagu dan irama....cikgu memang suka diberi hadiah walau sekecik hadiah sekali pun....kata orang walau sebatang pen merah sekali pun...tradisi or penghargaan???..belum lagi acara bertukar hadiah antara guru n guru...kadang2 nok suke juga...yalah meraikan diri sendiri....sepatutnya peranan PIBG sebagai penggerak dalam sambutan ini ...peranan YDP PIBG dalam menghargai sumbangan n pengorbanan cikgu-cikgu...ni tidak... dok nampak kelibat pun diorg....usah kata nak tolong raikan cikgu...ucapan pun tidak kedengaran....

Berbalik pada tajuk posting.... bebudak ni pasal memberi hadiah pada cikgu memang teruja...yang mengelabah mak bapak...garu kepala nak dapatkan duit dalam keadaan ekonomi sekarang...kalau anak seorang tahan lagi...kalau 4 orang bersekolah rendah...robek poket jugok....tidak menghampakan dia orang...dua tahun kebelakangan ni sesiapa yang beri hadiah pada cikgu...satu cupcakes tanda terima kasih...apa lagi berebut2 nok beri hadiah pada cikgu...siap tanya lagi..cikgu, kalau hari Ahad ni kalau beri hadiah ke cikgu...dapat dok cupcakes..hahahaha....macam2lah...apa2 pun terima kasih pada semua anak didik cikgu...walaupun hadiah tidak seberapa sekurang2nya tanda ikhlas kepada cikgu...mane2 yang tidak dapat cupcake sebab kehabisan...hari Ahad ni boleh tuntut...
kek..tanda ingatan dan penghargaan kepada sekolah...TQ YB

sebahagian hadiah yang diberi oleh anak didik...TQ


Tuesday, May 14, 2013

Renung sekejap......!

Selasa 14 Mei 2013

Salam Selasa untuk semua moga dirahmati. Mula bersiaran kembali...mood menulis kurang memberangsang sejak dua menjak ni....dok tahu pulok kenapa n mengapa?semacam frust je sebab apa yang dimpikan tidak menjadi kenyataan...sudahnya menyalahkan diri sendiri...bermonolog lagi...pujuk hati..rezeki di tangan tuhan...ingat padaNYA...sebut hari-hari..berzikir dengan menyebut namaNYA....lambat laun doa kita dimakbul juga...memang sifat manusia cepat putus asa...so bila terbaca kata ustaz..hati mula ada taman bahawa...doa kita didengari cuma belum dimakbul lagi...mungkin ada perkara2 yang riak yag menguasai diri selama ini memadamkan ijab untuk sampai permintaan kita pada penciptaNYA....jadi renung-renungkan lah..koreksi diri,cari kesalahan dan cuba betulkan balik niat....suburkan zikir serta banyakkan amalan bersedekah...moga ada hikmah di sebalik itu insyaallah.......

Wednesday, May 01, 2013

Selamat Hari Pekerja...!

Rabu 1 Mei 2013

Salam Rabu untuk semua....Selamat hari pekerja kepada semua pekerja di Malaysia ni...samada yang menerima upah atau sukerela...pada surirumah tu...anda pekerja yang paling berdisiplin sebab...semua kerja rumah siap dari A sampai Z...walaupun upah yang diterima tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan...pandai2 kauorg pujuk hubby masing2 nak dapat upah yang lebih...cuma tinggal 5 hari aje lagi kita akan membentuk sebuah kerajaan yang efisyen, telus dan tulus dengan kepimpinan yang berjiwa rakyat...InsyaAllah..


Tuesday, April 23, 2013

Tahniah...anda terpilih?

Ahad 21 April 2013

Salam untuk semua....lama tidak update blog...kontang idea sbb laptop dah masuk bengkel...bila  laptop rosak  semua kerja terbantut...sebab  banyak maklumat duk dalam tu...terutama gambar kek yang dibuat... selebisnya handfon entah macamana terdelete foto kek yang sempat dirakamkan....problem yang bertimpa2...pendek kata zaman IT kalau laptop rosak ditambah h/set buat hal kita jadi kelu.....macam katak di bawah tempurung...tak tahu apa-apa pasal perkembangan semasa....lebih2 lagi demam pilihanraya yang melanda...Apa2 pun tahniah diucapkan pada ex PK1 SKFSR yang berjaya menjadi calon....

Kata orang nak lantik pemimpin...semua perkara kita kene nilai baik yang berhubung dengan dunia lebih2 lagi soal-soal akhirat...pemimpin yang mampu mambawa anak buahnya ke arah kebaikan dan menunjukkan teladan yang baik patut disanjungi dan diangkat sebagai pemimpin yang mewarisi kepimpinan Nabi junjungan kita....kalau nak huraikan satu persatu panjang lebar hanya mereka yang arif mampu mentakrifnya dalam konteks yang lebih khusus. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Cikgu Wan Hapandi dan Cikgu Zakaria Ali kerana anda berdua juga dikalangan guru dan dipilih menjadi pemimpin masa depan...walaupun berlainan parti tetapi semangat untuk membawa perubahan kepada negara menjadi agenda utama anda berdua kerana harapan rakyat inginkan sesuatu yang mempu mencorakkan masa depan mereka ke arah yang lebih baik dan sempurna....wassalam..





Sunday, April 07, 2013

Khasiat Buah Pisang....!

Ahad 7 April 2013

Salam Ahad untuk semua. Berjumpa semula di sini. Cuti hujung minggu yang penuh dengan aktiviti memaksa rumah terbiar kejap...Jumaat ke Pekan Pahang...sehari suntuk duk settle urusan anakde...Sabtu terus ke Terengganu kelas UPSI dan dalam masa yang sama sempat lagi menghadiri kelas coaching Public Gold...nak tahu detail pasal company ni klik sini . sesiapa yang berminat pasal pelaburan emas boleh lihat website ni...dak pun hubungi saya..hehehe saya akan cerita panjang lebar pasal emas..sbb tiga hari lepas harga emas menjunam turun...masa yang paling sesuai membeli emas....sekarang emas tengah melonjak naik...so tunggu entry akan datang pasal ni.....

Sebut buah pisang...semua orang tahu rasanya dan kurang tahu khasiatnya secara teperinci..kita sekadar menikmati rasanya tetapi kurang arif pasal kandungan mineralnya...so..sharing is caring...

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

  Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Monday, April 01, 2013

Sayangi Jantung Anda...!

Isnin 1 April 2013

Salam Isnin untuk semua...moga lebih cemerlang dalam kerja buat kita...InsyaAllah...entry awal malam mengambil sempena 1 April  berhubung dengan jantung kita...yang merupakan alat paling berharga dalam tubuh manusia...pendek kata kalau jantung kita berhenti bergerak maka terputuslah amalan kita sebagai anak Adam di muka bumi ini...so bagaimana kita nak pelihara jantung kita supaya dalam keadaan stabil dan dan tiada unsur-unsur lain yang menyebabkan jantung kita tidak berfungsi sebaik mungkin...tips2 di bawah ini mungkin alternatif bagi memanjangkan usia kita....apa2 pun segalanya Allah yang tentukan...hidup mati jodoh pertemuan semua di tangan Allah ...kita merancang tapi Allah yang tentukan....Sharing is Caring...

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....


Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyakyang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang membaca ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa...... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!


Saturday, March 30, 2013

Halal atau Haram...Gelatin?

Sabtu 30 Mac 2013

Salam untuk semua...terpanggil untuk berkongsi info mengenai tajuk entry di atas...setelah duk godek pelbagai resepi yang bahan utamanya gelatin....maka terfikir... dengan kadar makanan yang kita makan setiap sehari kebanyakannya mengandungi gelatin timbul persoalan halal ke haram? mengapakan setiap makanan itu perlu diletakkan gelatin?....Apa sebenarnya gelatin? 

Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.
Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:
Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
Puding, kek dan pai
Gummi jelli, Pastil berperisa
Yogurt, keju dan butter
Ais-krim
Pencuci mulut segera
Gula-gula getah (Chewing gum)
Produk-produk daging yang diproses
Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.

  Bila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?

Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan.

Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam. So...berhati-hati apabila memilih jenama gelatin...tanda halal keluaran JAKIM hendaklah diteliti agar tanda halal itu tidak meragukan..

 

contoh gelatin yang biasa terdapat di pasaran...

ada gelatin yang diusahakan oleh produk muslim...

jelly yang banyak dijual dipasaran tempatan...


Wednesday, March 27, 2013

Bila gaji kita dinaikkan.....!

Rabu 27 Mac 2013

Salam untuk semua. Kejap aje cuti seminggu...rasanya baru semalam cuti...tup2 dah nak buke sekolah semula....masa semakin cepat sekarang...atau kita ni yang duk kelam kabut banyak sangat aktiviti...hinggakan beli si pokok kertas ni...sampai ari ini dok masukkan dalam pasu..dari mula beli 4 hari lalu hingga sekrg duk macam tu le...terbaca dalam facebook tentang ayat-ayat ni...bila dibaca memang betul begitulah kita hingga kini dan selama-lamanya...sikap tidak pernah berubah..gaji aje yang berubah hehehe..kata orang Sharing is caring...

Apabila gaji kita dinaikkan, banyak perkara yang akan membuatkan kenaikan tersebut tiada nilai. Antaranya ialah:

1. Apabila naik gaji, kereta lama dijual dan dibeli kereta baru
2. Apabila gaji naik, mula membuat overlap pembiayaan peribadi
3. Apabila gaji naik, mulai merancang percutian yang membazir. Daripada setahun sekali kepada 3 kali dalam setahun
4. Apabila naik gaji, mulai mencari pakaian yang berjenama
5. Apabila naik gaji, tidak lagi makan di gerai seperti biasa
6. Apabila naik gaji, cara berbelanja turut berbeza
7. Apabila naik gaji, berjumpa rakan di restoran mewah
8. Apabila naik gaji, gajet di tangan dipertingkatkan
9. Apabila naik gaji, rumah diubahsuai semahunya
10. Apabila naik gaji, kereta mulai dicantikkan, ditambah sistem ICE (In car entertainment)

Perbelanjaan tambahan itu sebenarnya membuatkan kita terasa gaji kita sama sahaja seperti sewaktu belum naik gaji dahulu... Kalau kenaikan RM 500, maka tambahan RM500 itu tidak disimpan tetapi dibelanjakan untuk perkara-perkara tambahan setiap bulan..

Jadi, naik gaji dengan belum naik gaji, sama sahaja.. Yang berbeza ialah penampilan kita keseluruhannya..