Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, March 27, 2013

Bila gaji kita dinaikkan.....!

Rabu 27 Mac 2013

Salam untuk semua. Kejap aje cuti seminggu...rasanya baru semalam cuti...tup2 dah nak buke sekolah semula....masa semakin cepat sekarang...atau kita ni yang duk kelam kabut banyak sangat aktiviti...hinggakan beli si pokok kertas ni...sampai ari ini dok masukkan dalam pasu..dari mula beli 4 hari lalu hingga sekrg duk macam tu le...terbaca dalam facebook tentang ayat-ayat ni...bila dibaca memang betul begitulah kita hingga kini dan selama-lamanya...sikap tidak pernah berubah..gaji aje yang berubah hehehe..kata orang Sharing is caring...

Apabila gaji kita dinaikkan, banyak perkara yang akan membuatkan kenaikan tersebut tiada nilai. Antaranya ialah:

1. Apabila naik gaji, kereta lama dijual dan dibeli kereta baru
2. Apabila gaji naik, mula membuat overlap pembiayaan peribadi
3. Apabila gaji naik, mulai merancang percutian yang membazir. Daripada setahun sekali kepada 3 kali dalam setahun
4. Apabila naik gaji, mulai mencari pakaian yang berjenama
5. Apabila naik gaji, tidak lagi makan di gerai seperti biasa
6. Apabila naik gaji, cara berbelanja turut berbeza
7. Apabila naik gaji, berjumpa rakan di restoran mewah
8. Apabila naik gaji, gajet di tangan dipertingkatkan
9. Apabila naik gaji, rumah diubahsuai semahunya
10. Apabila naik gaji, kereta mulai dicantikkan, ditambah sistem ICE (In car entertainment)

Perbelanjaan tambahan itu sebenarnya membuatkan kita terasa gaji kita sama sahaja seperti sewaktu belum naik gaji dahulu... Kalau kenaikan RM 500, maka tambahan RM500 itu tidak disimpan tetapi dibelanjakan untuk perkara-perkara tambahan setiap bulan..

Jadi, naik gaji dengan belum naik gaji, sama sahaja.. Yang berbeza ialah penampilan kita keseluruhannya..

No comments: