Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Saturday, March 30, 2013

Halal atau Haram...Gelatin?

Sabtu 30 Mac 2013

Salam untuk semua...terpanggil untuk berkongsi info mengenai tajuk entry di atas...setelah duk godek pelbagai resepi yang bahan utamanya gelatin....maka terfikir... dengan kadar makanan yang kita makan setiap sehari kebanyakannya mengandungi gelatin timbul persoalan halal ke haram? mengapakan setiap makanan itu perlu diletakkan gelatin?....Apa sebenarnya gelatin? 

Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.
Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:
Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
Puding, kek dan pai
Gummi jelli, Pastil berperisa
Yogurt, keju dan butter
Ais-krim
Pencuci mulut segera
Gula-gula getah (Chewing gum)
Produk-produk daging yang diproses
Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.

  Bila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?

Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan.

Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam. So...berhati-hati apabila memilih jenama gelatin...tanda halal keluaran JAKIM hendaklah diteliti agar tanda halal itu tidak meragukan..

 

contoh gelatin yang biasa terdapat di pasaran...

ada gelatin yang diusahakan oleh produk muslim...

jelly yang banyak dijual dipasaran tempatan...


No comments: