Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, March 08, 2013

8 Perkara tidak digalakan selepas makan...

Jumaat 8 Mac 2013

Salam Jumaat untuk semua.Moga dirahmati. Permulaan buka semester baru kohot ke 2 UPSI dengan perubahan tempat belajar yang agak jauh dari bandar... SMK Datuk Razali Ismail...tersesat awal pagi tadi...terus ke Pasir Panjang...hehehehe...kalut betul cari nama sekolah tu...orang Terengganu tapi banyak tempat lagi yang tidak tahu kedudukkan...tiada papan tanda untuk masuk ke laluan sekolah tersebut....

Ok..posting awal malam setelah sibuk memanjang dengan aktiviti sekolah yang tidak pernah padam....ada je tugas yang di luar jangkaan cikgu direkacipta....

8 PERKARA TAK DIGALAKKAN LEPAS MAKAN

1. MAKAN BUAH - menyebabkan perut kembung. Digalakkan makan buah 1-2 jam selepas atau 1 jam sebelum makan. 

2. MINUM TEH - daun teh mengandungi kandungan asid yang menyebabkan kandungan protein dalam makanan sukar dihadam.

3. MINUM AIS - meminum ais sebelum, semasa, dan selepas makan melambatkan proses pencernaan perut kerana air sejuk membekukan makanan berminyak yang dimakan.

4. MEROKOK - kesan menghisap sebatang rokok selepas makan sama dengan menghisap 10 batang rokok, menyebabkan risiko penyakit lebih tinggi.

5. BANYAK BERJALAN - menyebabkan kesukaran sistem penghadaman menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang diambil. 

6. MELONGGAR TALI PINGGANG - melonggar tali pinggang secara tiba-tiba boleh menyebabkan usus terbelit atau tersekat.

7. MANDI - menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan jumlah darah sekitar perut berkurangan. Ia melemahkan sistem percernaan dan boleh membuat jadi buncit.

8. TIDUR - boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan mengundang gastrik kerana penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.





No comments: