Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, November 09, 2017

Selamat Pengantin Baru ...khairul Azwan!

Rabu 9 nov.2017

Assalamualaikum..Salam sehati sejiwa...alhamdulliah selesai semuanya...Tahniah Khairul Azwan dan Faifuz Syahida kerana selamat diijabkalbu dalam majlis yang cukup meriah dan happening bagi kami rombongan che kiah jauh dari Terengganu...membelah bumi sungai Petani lagi...jauh bukan bermakna hubungan silaturrahim tidak dapat dieratkan...jauh mane pun dengan kemudahan yang ada semuanya nampak dekat dan mampu diselesaikan dengan rahmat dan redha Allah Taala juga....syukur dan doa yang mampu dipanjatkan kerana kroll sah menjadi suami kepada fairuz...bermakna tanggungjawab tu dah bertukar tangan...mami dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak demi kebahagiaan dan ruang hidup yang amat panjang lagi untuk ditempuh dalam alam rumahtangga.

Ucapan terimakasih yang tidak terhingga juga dirakamkan di sini kepada pihak pengantin perempuan terutamanya DR. Haji Saidin dan Dr. Hjh Farhah kerana menerima kami seadanya dengan serba kekurangan dan berlapang dada menerima khairul Azwan sebagai menantu dalam keluarga doktor...kerdil kita bila sampai di sana..bermenantukan anak beranak doktor...kami di kalangan guru ini rasa rendah diri jugak...tetapi status bukan segala-galanya kerana penyatuan dua hati itu tidak melibatkan kekayaan tetapi sucinya ikatan mereka berdua serta sudah dijodohkan oleh Allah mereka berdua...kita ibu bapa ni terima seadanya....

Majlis yang diatur cukup meriah dan gilang gemilang...mengikut adat dan majlis pada hari itu 28 Nov. 2017 memberi makna yang mendalam kepada rombongan kami dengan tempat penginapan yang eklusif serta selesa. Sejambak terima kasih yang seharum kasturi dititipkan agar hubungan kekeluargaan kami ini berkekalan..Insyaallah..kepada anakda khairul Azwan dan menantu Fairuz shahida jalanilah kehidupan berumahtangga dengan kesabaran yang tinggi serta cuba mendalami hati dan perasaan masing-masing dengan jiwa yang sentiasa dekat dengan Allah agar segala tindakan dan tindak tanduk kita tidak menyimpang dan syahdunya alam rumahtangga ini ibarat syurga firdausi....Alhamdulliah dan tahniah...


sebelum diakad nikah..senyum sokmo

dua belah pihak bersatu hati..

kami ..Azyan tiada dalam gambar ini..