Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, June 17, 2019

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah..meriah!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat pagi ...pepagi berentry semula..seorang2 duk pejabat ni memang tenang dan macam2 boleh buat..so posting pepagi ini sambutan hari raya peringkat sekolah yang diadakan pada Khamis 13 Jun lalu memang awsome sangat..walaupun persiapan dalam keadaan tergesa2 almaklumlah buka sekolah pada Isnin..nak buat mesyaurat lagi nak cari dana lagi..nak hias itu ini semuanya memerlukan masa dan komiment cikgu2..dah pengarah suruh raya tahun ni disambut serentak seluruh negeri... idea pengarah JPNT ini dah terlaksana 2 tahun...huhu huru hara skit perjalanan persiapan..

So sebagai peneraju kita kene akur dalam keadaan keterpaksaan...buat mana yang patut bagi memuaskan semua orang dan segala2nya berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan.. Cikgu2 SKPP memang terbaik..bersungguh2 serta sekepala dengan GB.. semua gb nak ..dapat dilaksanakan tanpa banyak cakap pun..kata orang pisang sesikat susu sebelanga tanda maufakat bersama-sama..Sayang rasanya nak bertukar ke sekolah lain huhu...

Disebabkan raya disambut serentak..tetamu yang hadir tidak seperti yang diharapkan...banyak sangat undangan serentak payah untuk memenuhinya..dan mereka siap cakap beritahu ke pengarah beri tempoh selama seminggu ke sek untuk sek tentukan tarikh yang sesuai supaya majlis tidak bertembung macam ni...bagus jugak idea itu nnti kita panjangkan pada JPNT kut2 nak diterimanya..

Tahun ni..pelbagai jaudah disediakan semua makanan yang sedap2 tu memang ada..terlebih menu lah pulak..masing2 excited kut nak bawa makanan sendiri..acara yang paling ditunggu pengumuman pakaian cantik di kalangan murid-murid..payah juga hakim nak cari pemenang seramai 25 orang ni...cikgu2 tahun ni kurang menonjol pakaian sedondon..payah nak jugok nak cari pemenangnya..apa2 pun semuanya berjalan lancar.Ucapan terima kasih tidak terhingga pada AJK kelab guru kerana berjaya mengendalikan majlis ini dengan baik..Ini bermakna kontrak anda semua disambung lagi sehingga GB bertukar hehehe..
Pentas yang cantik dibuat spontan tetapi menjadi...tqvm memang hebat..

Melaram..guru2 lelaki lepas geram...suka2

pakaian sedondon yang terpilih..memang sedondonlah ..

No comments: