Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, June 11, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa 


Alhamdulliah..bertemu kembali dalam suasana Hari Raya..walaupun hari ini dah masuk hari raya ke 7 tetapi sambutannya masih terasa dan disambut lagi...Raya kan sebulan..hehehe..Dikesempatan ini diucapkan Selamat menyambut hari Raya Maaf Zahir dan batin kepada semua sahabat taulan..sanak saudara..rakan2 Facebook dan yang mengenali diri ini..Dan sekolah kembali beroperasi seperti biasa setelah dua minggu bercuti raya dan Ramadan sekali..kata orang sambutan dan persiapan yang hendak dibuat memang menjadi kerana terlebih cuti dan cikgu2 pun tidak merungut dan mengambil CRK yang panjang mana yang ingin pulang ke kampung halaman..

So..Kami tahun ni sambut raya berlima sahaja..seorang balik ke Kedah kerana tahun ni giliran di sana dan Si Azyan masih di UK katanya nak habiskan saki baki PHDnya yang masih berbaki  sehingga akhir Jun..InsyaAllah sempat lah tu siapkan tesis..doa mami sentiasa mengiringi dalam setiap sujud..Persiapan macam biasa..sate tetap jaudah utama kami berserta dengan kuah kacang dan nasi impit sekali..semua homemade lake..tiada yang beli kerana kita n anak2 sejak dari dulu buat sendiri semua kuih muih dan jaudah raya..yer jimat dan dapat kuantiti yang banyak..boleh makan sampai kenyang dan bertambah2..rezeki Allah Taala kata orang tak salah tempat.

Tahun ni tiada tema baju yang khusus semua pakai hentam dan sesuai dan memenuhi citarasa yang pelbagai..sebab semua udah besar dan ada pilihan sendiri..raya orang dewasa ni bukan macam raya bebudak sekolah rendah tidak demand apa2 pun..janji raya tu ada baju Melayu sudah dikira ok dan selesa di pakai.

Pendek kata tahun ni semua biskut raya abis licin..huhu dak tahu kenapa yer agaknya kuih raya pelbagai skit dan tetamu yang datang tu agak ramai dan bila kita kata semua kuih ni homemade semua ingin merasanya...terkadang air tangan sendiri lebih sedap kut...hehehe..




Kroli bersama isteri Fairuz beraya di Kedah..

Azyan bersama kawan2 beraya di UK