Selasa 8 Jan.2013
Salam Selasa untuk semua...moga dirahmati....kerja cikgu awal tahun..tajuk entry..kalau nak kira tak patut kita promote pun..sebab co bisnes kita memang gitu...jadi buat aje lah...ni bukan apa sekadar nak luahkan bahawa kerja cikgu awal tahun ni mengalahkan pekerja bank,kerani pejabat pos...sebab urusan perkeraniaan yang banyak dan meletihkan jari jemari ...masa banyak dihabiskan di laptop dengan pelbagai dokumentasi yang perlu dibuat sebagai inviden kita sebagai penjawat awam...mane nak siapkan buku rekod mengajar...cari sukatan...dalam masa yang sama kene siapkan minit mesyuarat lepas sebab nak mesyuarat yang baru..siapkan takwim,taktikal program.jadual bertugas guru n murid..buku-buku library pun banyak yang tidak masuk stok lagi..ditambah lagi dengan minit kita yang banyak...kalau KPM dah keluarkan pekeliling mengenai minit GPM tu 10 waktu...ikut ajelah....sebab dia org dah study kerja GPM memang bertimbun...
Belum lagi cikgu yang pegang kelas...dengan kssrnya...cikgu UPSR dengan TOVnya...pendek kata seribu satu macam kerja cikgu kene buat dalam masa seminggu ni...masing2 memang dok bertegur sapa..jumpa dok jumpa masa makan di kantin aje..sibuknya cikgu....so kalau ada di kalangan cikgu yang tension jangan bebankan mereka dengan arahan2 yang pelik....
antara carta n minit mesyuarat media yang disiapkan... |
tu..dia buku tahun lepas masih belum masuk stok lagi huhuhu... |
senarai semak yang sempat disiapkan...bermakna item ini mesti ada....aduhai! |
2 comments:
kerja kerja kerja.. la ala
kerja yg tak pernah surut murut..sabo jer le..
Post a Comment