Salam….posting kali ni….lelaki itu sesuai ke ……pasangan hidupku…atau memang sudah ditakdirkan aku terpaksa berkongsi rahsia dengannya dalam keterpaksaan….atau memang jodoh aku dan dia buat selama-lama…apa yang pasti dia suamiku….dari dulu, kini n selama-lamanya….
Syukurlah walau siapa dan apapun Dia jadikan kita... lelaki atau perempuan.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. yang penting pandai menggunakan kelebihan dan kekurangan tersebut demi untuk kepentingan bersama.... Bukan untuk diri sendiri sahaja... kerana kita hidup bukan bersendirian...
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Moral: Apa pun….semua itu jodoh terbaik untuk kita…sebab pasangan kita Allat Taala yang menentukan….terimalah dia sebaik-baiknya…moga kita dikurniakan kebahagiaan yang abadi…setiap kelemahan dan kekurangan itu adalah intipati dalam alam rumahtangga... resepi terbaik membentuk keserasian dalam rumahtangga…wassalam..
No comments:
Post a Comment