Isnin 25 Feb.2013
Salam Sejahtera untuk semua....limpahan air hujan yang mencurah-curah tika ini menyejukkan alam n diri ini yang seakan rasa nak demam n batuk berpanjangan....sesekali Allah Taala menduga kesihatan kita...maka terima seada-adanya kerana hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.....panjatlah kesyukuran padaNya bahawa selama berbulan2 kita dikurniakan kesihatan yang baik....tetapi tidak sedetik pun terucap syukur padaNya...kealpaan yang seharusnya tidak menjadi rutin...so entry awal malam..
7 JENIS PAHALA YANG AKAN
BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH MENINGGAL DUNIA.
Dari Anas RA berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

2 comments:
Thanks for sharing.
welcome...moga kita mendapat manfaat darinya...
Post a Comment