Sabtu 26 Nov.2011
Doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah
Assalammualaikum kepada semua..ni saje nak berkongsi dengan anda tentang Doa akhir tahun dan awal tahun bagi umat Islam. Maklumlah hari ini umat Islam akan menyambut Maal Hijrah…Selalunya kita buat sambutan besar-besaran untuk upacara tahun baru mengikut kalendar biasa tu kan? macam mana dengan sambutan Maal hijrah pulak..?
Doa Akhir Tahun Hijrah
”Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Hikmah dan kebaikan Doa Akhir tahun ini adalah kita akan cuba mengingati segala amalan2,perbuatan kita baik yang membawa ke arah kebaikan mahupun yang membawa ke arah keburukan. Dengan Doa Akhir tahun ini kita akan berdoa untuk berhijrah ke arah kebaikan dari sesuatu yang telah kita lakukan sebelumnya. Jadikanlah tahun berikutnya lebih baik dari tahun sebelumnya dan memohon keampunan kepada Allah dan memohon semoga Allah menutup segala keaiban yang telah kita lakukan.
Doa Awal tahun Hijrah
“Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Hikmah dan kebaikan Doa Awal tahun Hijrah ini kita dapat memasang azam dan memperbaharui azam untuk melakukan segala amalan kebaikan….
Salam maal hijrah 1433 hijrah/maal hijrah 2011M
No comments:
Post a Comment