Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, December 06, 2011

T/duga iGPK32

Selasa 6 Disember 2011

Salam ceria untuk semua...moga kita diberi kekuatan dan kerahmatan atas segala kerja buat kita...selebihnya kita berupaya mencari kelemahan dan cuba membaiki diri sendiri agar kita sentiasa dalam peliharaanNYA InsyaAllah....

Posting kali ini...tentu temuduga ke jawatan hakiki DGA32 yang rata-rata menjadi isu hangat pada para pendidik ...ya lah kenaikan pangkat ni sebenarnya menjadi rebutan pada orang yang merasakan dirinya mampu menjadi pentadbir dan rasa ingin bertanggungjawab pada setiap kerja yang diberikan...bukan kerja yang mudah untuk mengurus dalam konteks ni...sebab bila disebut mengurus manusia kita tidak lari dari menjadi perhatian dan bualan jika tidak dapat menangani sesuatu masalah dengan bijak...dan mungkin diperlekehkan kewajaran kita dilantik sebagai pengurus sekolah.

Punyalah soalan yanmg dikemukan macam nok dapat kerja baru...dengan dasar-dasar kerajaan yang dilaksana...semua bentuk soalan yang melibatkan pendidikan menjadi fokus utama....pendek kata kalau datang dengan jiwa kosong...bermakna nampak kebodohan sendiri...kepetahan berhujah..soalan yang memerangkap kita dipihak mana juga kerap ditanya...dan soal anwar ibrahim juga menjadi pokok soalan yang menghiasi sesi t/duga tu....bijak menjawab dan cuba membetulkan keadaan intipati utama.....

Apa2 pun semuanya sudah selesai...menunggu dilantik dan dihantar ke mana-mana yang dirasakan sesuai....apa yang pasti janganlah ditempatkan di daerah yang jauh kerana umur2 kita yang dipanggil ni semua warga senja yang meniti hari mencari keredhaan dariNYA.....

No comments: