Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, May 09, 2011

Hikmat Mendiamkan Diri.....

Isnin 9 Mei 2011

Salam Isnin untuk semua pembaca blogku..moga-moga kita ditempatkan bersama-sama dengan orang yang sentiasa menghargai setiap detik masa dan kehidupan di maya ni....seterusnya mendamba keberkatan dalam menjalani cebis2 kehidupan ni...Insyaallah..

Ok...posting pagi ni....Hikmat Mendiamkan diri...tajuk yang dikira sangat penting dan patut diamalkan dalam situasi yang meruntun ke arah itu...Justeru manusia memang dikurniakan sifat yang suka bercakap dalam apa jua keadaan....butir2 percakapan seharusnya menjurus kepada soal-soal kebaikan dan membuatkan si pendengar boleh mengambil iktibar dan panduan yang mulus2...jika percakapan dan bicara kita melampau adat dan kemampuan ...manusia akan merana dunia dan akhirat kerana percakapan yang menyinggung,merosakan hati,,,menyakiti si pendengar menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT....

Lidah yang dikurniakan oleh Allah hendaklah sentiasa menyebut nama Allah...janganlah lidah digunakan untuk mencaci..menghina..mencela dan menfitnah orang lain....Oleh itu perkataan
DIAM adalah ungkapan yang paling baik dalam sebarang situasi jika ianya tidak menyentuh peribadi kita dan dalam masa yang sama menguris hati kita......wassalam

Antara Hikmah Diam ialah......

  • Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
  • Perhiasan tanpa berhias
  • Kehebatan tanpa kerajaan
  • Benteng tanpa pagar
  • Kekayaan tanpa meminta pada orang lain
  • Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal
  • Menutupi segala aib.....

No comments: