Isnin 2 Mei 2011
Salam Hari Pekerja untuk semua pekerja-pekerja yang merasakan diri mereka sebagai penyumbang tenaga kepada keluarga,agama,bangsa dan negara...walaupun dikesempatan yang terbatas serta terlewatnya untuk mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua tetapi setiap tahun... hari ini kita raikan bersama-sama dalam kegawatan ekonomi,kemerosotan akidah, kejumudan pemikiran yang sempit...segala-galanya kita lalui tanpa banyak bicara dan dalam noktah tersendiri....
Apa yang kita perlu tahu pasal hak kita sebagai seorang pekerja? atau tidak perlu tahu apa-apa kerana keadaan semasa yang mencorakkan penghidupan...dan kita akur dengan situasi sekarang yang meruntun banyak permasalahan yang memeningkan kepala.....justeru setiap pekerja sentiasa menggamit...penyelarasan gaji, kebajikan yang terkawal. kesesuaian tempat kerja,jaminan pendapatan jika berlaku apa2 di kemudian hari....
Soal2 teknikal ni sepatutnya sudah lama diselesaikan di peringkat nasional dan menjadi intipadi dalam agenda kesatuan bagi mewujudkan kecemerlangan dalam sesebuah organisasi itu....
dasar dan matlamat ini perlu diubahsuai mengikut keperluan semasa serta menjamin setiap titik peluh yang dicurahkan menepati kehendak dan sasaran dalam menentukan hala tuju setiap pekerja itu dalam masyarakatnya....
Justeru...seperti yang diwar-warkan tentang penyelarasan gaji kabinet yang akan dibentangkan pada akhir Mei ini mampu mengubah landskap pekerja dalam pembangunan negara....sikap acuh tak acuh pihak kerajaan dalam membela nasib pekerja membangkitkan rasa tidak puas hati dan melonjakkan demotrasi yang boleh diselesaikan di meja rundingan dan kesatuan sekerja sepatutnya menjadi perantaraan yang berkesan sebagai wadah melengkapkan kesatuan yang membawa suara,rintihan pekerja di peringkat tertinggi...
Penyudah bicara sebagai tema hari buruh tahun ni..."Pekerja Merealisasikan Transfomasi Negara" sepatutnya menjadi tunjang dalam menentukan hala tuju pekerja selamanya...Meski saban tahun gaji minimun menjadi aspek yang dilaungkan...sehingga kini belum terlaksana sepnuhnya...kerana kerdilnya kita diperingkat nasional dalam memperjuangkan hak kita sebagai pekerja yang berdaftar....Sekian...hingga jumpa lagi ...
No comments:
Post a Comment