Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru...

Isnin 16 Mei 2011

Salam Isnin untuk semua....tiba juga tarikh keramat ni...la rupa-rupanya hari mengingati kaum guru...ada cikgu yang tidak ambil peduli pun hari bagi meraikan dirinya...ada cikgu tertunggu-tunggu tarikh ni...betul kata seorang teman...satu2nya perayaan yang penyambutnya syok sendiri...dia beri ucapan untuk diri sendiri...dia buat majlis....dia nyanyi sendiri...dia adakan sukaneka sendiri...buat jamuan sendiri....beli hadiah n beri sesama sendiri...macam2 dia buat sendiri....tapi berkat jerih penatnya....tiba tarikh keramat ucapan SELAMAT HARI GURU sentiasa berkumandang.....

Apa2 pun anda seorang yang hebat...gelaran cikgu ni sampai mati pun sentiasa diukir dari bibir ke bibir....dan bermacam2 sms yang diterima...mane yang menjadi halwa mata diforwadkan untuk kekawan...ya lah cikgu ni mmg kreatif bila bermain dengan kata-kata....kristisnya dia orang semua sms yang dikirim bertemakan situasi cikgu dulu...kini dan selama2nya....

Saban tahun pelbagai acara diadakan....lagu selamat hari guru dinyanyikan setahun sekali...melodinya cukup terkesan dgn senikatanya pada naluri seorang cikgu....Itulah cikgu...di mana2 anak didik sentiasa di hadapan...kerana siapa kita tanpa dia orang.....

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

No comments: