Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, May 24, 2009

Tip-tip yang patut diamalkan......

Aduhai.....berposting lagi.....setelah sehari buntu dan keliru.....ini saje untuk kali..... aku akan catatkan sedikit tip-tip yang aku kira amat berguna kalau diamalkan.....sebahagiannya sudah menjadi amalan......perkara yang baik patut berkongsi bersama.....moga2 ilmu yang dimanfaatkan ada kelebihannya.........

TATACARA MAKAN & MINUM

1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa. InsyaAllah, Allah lipat

gandakan rezeki.

2. Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yg kita hendak sepanjang

tidur, otak akan memproses segala impian kita & InsyaAllah, kita akan berusaha

ke arah itu (ada semangat) di keesokan harinya.

3. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan. Vitamin C dari

buah-buahan yg dimakan selepas sarapan, dan makan yang akan diperolehi

adalah hampir hilang zatnya.

4. Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan dan makan). Minum air

selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja,

biarkan air dalam mulut selama 10 saat kemudian baru ditelan. Teguk kedua

seterusnya boleh minum terus sebab air liur mempunyai enzim yang boleh

membunuh kuman dalam pankreas, perut yang seterusnya akan dibawa oleh air

tegukan pertama.

2

5. Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib, sebab bagi yang sedang

belajar (atau anak-anak), otak akan berfungsi dengan cemerlang (senang faham

dan dapat mengingat lebih kurang 2 jam selepas makan, maka jika makan pada

8:30pm, lebih kurang 10:30pm baru mula belajar dan mungkin hanya boleh

bertahan sehingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tidak banyak yang boleh

dipelajari berbanding jika makan pada pukul 6:30pm. (orang Cina makan malam

pada masa ini). Juga, kita tidak digalakkan tidur dalam kekenyangan (yang mana

boleh menghindar dari mendirikan sembahyang malam).


TATACARA DI BILIK AIR

1.Selepas membuang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada

dapat batu karang

2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sebab bila

mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder & senang buang air besar .


TATACARA DIDIK ANAK

1. Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajarkan anak (atau baby) tidur

mengiring ke kanan sebab jantung (yg terletak sebelah kiri) akan lebih

"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dan otak anak

akan berkembang dengan baik.

2. Bagi anak-anak yang sudah azalinya aktif atau hiper-aktif, kurangkan (atau

jangan) pakaikan baju berwarna oren sebab warna ini boleh merangsang secara

aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja &

exuberant.


TATACARA DIDIK DIRI SENDIRI

1.Amalkan apa-apa yang baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau

lebih berturut-turut.

2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang tidak baik.

Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline berlebihan,

cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat

letih, wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut & dan

sebagainya.

Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam

TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam


.


No comments: