Salam penuh kemesraan kepada semua....entry tertunda tetapi still meriah untuk dipostkan di sini...konvoksyen UITM kali ke 78 di Shah Alam...memenuhi jemputan oleh anakde.. cuti selama 2 hari semata-mata meraikan ampunya diri setelah berjaya menamatkan diplomanya di UITM Marchang selama 3 tahun...Berangkat ke sana dan menginap di Hotel De Palma...menjanjikan percutian yang menarik...kata orang sambil menyelam minum air...yang kurang bestnya masa terlalu singkat untuk meronda-ronda di sekitarnya...kalau lah jatuh pada cuti sekolah tentu meriah lagi ke sana...
Sempat ke IKEA...tempat yang tidak jemu2 berkunjung...mengapa ya??? nak kata membeli sakan tidak juga...mungkin gedung membeli belah yang hebat semua ada di sana...cuci mata sebenarnya..melihat koleksi pamerannya..kalau boleh semua nak...dengan deko yang menarik...melihat kepada barangan yang dijual semuanya sudah naik harga...kalau dulu mesti ramai yang berkunjung ke sana...tetapi sekarang agak basi....tak tahu kenapa...agak2nya akhir bulan kut..
Berbalik pada istiadat konvokesyen UITM...memang beradat n mengikut adat...menghabiskan masa sekerat hari di sana...pendek kata nak patah pinggang sebab duduk terlalu lama...apa tidaknya dengan graduan seramai 1100 orang menerima skrol dari censelornya....yang best n tidak boring diselang seli dengan kugiran dari fakulti muzik dan tidak lupa juga germisik gemelan mengiring para graduan...gah anakde menrima diplomanya dengan disaksikan ribuan para ibu bapa yang cukup disiplin dan menghormati majlis sehingga habis...Menyusul akan datang dua lagi anakde yang bakal menerima ijazah dan master dari universiti yang sama mungkin di penghujung tahun ini...insyaAllah.
Makan kat IKEA...edisi menghabiskan duit ttp bukan selera kita.... |
Anak-anak..... |
No comments:
Post a Comment