Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, May 10, 2013

Palova n demam pilihanraya!

Jumaat 10 Mei 2013

Salam Jumaat untuk semua moga dirahmati....lama tidak update blog...pasal demam pilihanraya yang tahun ni paling mencabar minda n emosi....dengan kesedaran yang meningkat dari pengundi dan mood pilihanraya yang rasanya paling meriah mengalahkan suasana hari raya lagi...sepanjang 4 kali mengundi dalam seumur hidup ni cukup teruja dengan sambutan dan semangat orang muda yang melihat suasana ke arah kehidupan yag lebih kualiti,bersih dari segala anasir serta pilihanraya yang adil,telus dari unsur-unsur penipuan....namun kita cuma merancang tetapi Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik semua kejadian itu...jadi berlapang dada dan kita bertindak pada saluran yang betul untuk mengembalikan kepada yang hak..jika ada sedikit demokrasi dalam negara kita lagi.....so di kesempatan ini diucapkan tahniah kepada mantan PK 1 SKSFR kerana ada terpilih sebagai YB ...berjanjilah kepada diri sendiri dan Allah Taala untuk menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin....

Posting kali ini sejak tertunda beberapa kali...palova dari anakde yang tarikh hari lahirnya sama tarikh dengan PRU13...bertapa gembiranya dia...so katanya hendakkan kek palova untuk celebrate bersama keluarga...bermakna kek ini dikongsi dengan adiknya yang juga hari lahir pada 6 Mei selang sehari...2 dalam 1....jimat kos n tenaga....yang pasti kek yang baru pertama kali masuk ke mulut mereka tidak menghampakan...walaupun manis katanya tetapi disebatikan dengan buah-buahan fresh menjadikan kek ni manis2 buah je...tapi nampak kehampaan di wajahnya yang mengharapkan sesuatu keajaiban dalam pilihraya ini tidak menjadi....



No comments: