Renungan...

Followers

nuffnang

Tuesday, March 20, 2012

Cupcakes lagi...



Selasa 20 Mac 2012

Assalamulaikum dan salam sejahtera untuk semua...minggu ni memang terlebih rajin pasal menulis di blog...gara-gara si dayana yang suka sangat berposting...tetiba aje berjangkit...kalau dulu berat tangan untuk menulis...satu perkembangan yang sihat ni ...moga2 berpanjangan...

Posting hari ini...entry tertunda beberapa hari...tiada kesempatan....menu cupcakes mentega n taburan badam gitu....rasanya ok n sedap sebab adunan asalnya telah diubahsuai mengikut mood sipembuatnya....satu adunan dapat 24 cup yang sederhana....semua boleh merasa....resepinya? nak bagi ke tidak ni??? simple resepi bahan2 yang senang didapati dalam kadar yang murah...

Bahan-bahannya

200gm mentega
200gm gandum
190gm gula
1sb ovelett
1/2 st baking powder
1/2 st esen vanila
4 biji telur
1sb perahan oren(sunquick)
taburan badam sebagai hiasan
cawan kertas

Cara-cara

1. Dalam mixer,masukkan mentega n gula. Putar dengan kelajuan tinggi hingga gebu.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil perlahankan putarannya.
3. Masukkan sunquick.esen vanila,overlet dan putar lagi hingga sekata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. diikuti dengan baking powder.
5. Putar lagi hingga sebati.
6. Sebelum tu paanskan oven lebih kurang 10 minit.
7. Masukkan adunan tadi dalam cup.kemudian taburkan badam cincang.
8. Sedia untuk dibakar selama 20 minit mengikut keupayaan oven kita.

Selamat mencuba....

3 comments:

yusnita said...

salam k.fatma..
wah terima kasihlah.. ada resepi cupcake kat sini... dah banyak kali nak cuba tapi tak pena2 buat. nanti kena jugaklah buat hihihi...

fatmasha said...

tq datang sini..cubalah pasti berjaya membuatnya...

.........cP~ said...

salam..wah, rajinnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...