Renungan...

Followers

nuffnang

Friday, March 30, 2012

Kelebihan Hari Jumaat...

Jumaat 30 Mac 2012

Salam Jumaat untuk semua...kejap aje masa berlalu pejam celik kita udah bertemu Jumaat semula...rasanya baru semalam menyambut Jumaat.....hari ini kita kita ketemu lagi Jumaat...penghulu segala hari...di dalamnya tersirat pelbagai kelebihan dan keberkatannya jika dihayati kerana banyak perkara-perkara yang berlaku dan akan berlaku pada hari Jumaat.

Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9)

Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur dibenarkan syarak, mereka dikira sebagai orang yang lalai.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.

Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.

3 comments:

Yumida said...

alhamdulillah..perkongsian yg amat bermakna :)

fatmasha said...

terima kasih..sesungguhnya siapalah kita bila berada disisiNYA...

Pink Lavender said...

teringat kenangan 1st time solat jumaat di masjidilharam..

jom ke blog makneng..
macam2 ada

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...