Jumaat 3 Ogos 2012
Salam Jumaat dan Salam Ramadhan untuk semua...semoga hari-hari yang kita lalui sepanjang bulan ramadhan ini mendapat kerahmatan yang tiada tolak bandingnya dan kita digolongkan dalam mereka yang mendapat redha Allah sentiasa....InsyaAllah...
Entry pada petang yang berbahagia ini....Dua penyakit yang boleh menyebabkan manusia binasa iaitu takkbur(sombong) dan ujud-merasa hebat dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri.Dua perkara ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam surah an-Nahl ayat 23 "sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang sombong"Bahkah Allah menegaskan,"sesungguhnya orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku,akan masuk neraka jahanam dengan hinanya."-surah al-Mukmin ayat 60.
Bukan itu sahaja,Rasullah s.a.w menyifatkan orang yang sombong ibarat semut kecil yang akan diinjak oleh manusia di akhirat kelak. Abu Hurairah menyatakan,nabi Muhammmad s.a.w bersabda."Orang yang sombong,keras kepala dan takabbur akan dikumpulkan pada hari kiamat,dalam bentuk semut kecil yang diinjak oleh manusia,kerana hinanya mereka kepada Allah."
Sabda Rasullah s.a.w lagi,"Barang siapa yang berpisah nyawanya dengan tubuhnya dan dia terlepas dari tiga perkara,nescaya akan masuk syurga iaitu,sombong,hutang dan iri hati."
2 comments:
Tiada untungnya menyombong...malah merugikan!Thanks sharing the enttry
tq...tak ke mana pun kita jika sombong dan menyombong diri...
Post a Comment