Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, August 10, 2012

Ayam Panggang Madu....

Jumaat 10 Ogos 2012

salam Jumaat dan Salam Ramadhan Al-mubarak kepada semua muslim dan muslimat...moga ibadah puasa kita diberkati dan dipanjangkan usia kita untuk merebut 10 malam terakhir dengan mendapat fadilat malam lailatul Qadar...Insyaallah...

Posting semalam tetapi still menarik untuk dipaparkan di sini...just sharing kepada semua pengunjung di sini....menu ayam Panggang Madu homemade setelah tertunda berkali-kali...maka semalam dapat membuatnya dengan rasa gembira...sebab mood memanggang tu tetiba aje ada mari....ayam panggang ni sedap dengan citarasa kita orang Melayu berbanding dengan ayam panggang yang omputih buat tu dalam AFC....ari tu cubalah sekali ikut ramuan dia...memang tekak kita orang melayu tak boleh terima dengan herbanya "Mixed Herbs" keluaran McCormick macam2 campuran yang ada di dalamnya.....

So...untuk berlaku adil maka terciptalah resepi ayam panggang dengan ramuan sendiri....rasa sedap hingga menjilat jari sebab herba tradisional yg kita guna memadai dengan selera kita....so check resepi di bawah ini....kalau nak cuba...cubalah.. kalau tak nak cuba... abaikan....

Ayam Panggang Madu

1/2 ekor ayam yang siap dibersihkan
1sb serbuk ketumbar
1sb serbuk jintan putih
1sb madu
1sb sos tiram
3sb gula
1sk serbuk kunyit
4 batang serai-dilumatkankan
1 inci halia-dilumatkan
1sk garam halus
2 biji ubi kentang-dibelah 4


Caranya cukup senang...campur semua bahan di atas..dan dilumur bersama ayam...perap selama 1 jam(lagi lama lagi baik) jangan lupa campur sekali ubi kentang. panggang di dalam oven lebih kurang 45 minit(hingga masak) bergantung pada oven masing2...kalau terlebih rajin bakar cara tradisional lagi mengancam....siap dihidangkan bersama nasi panas..rasanya kalau kita makan tanpa lauk lain pun sedap....cubalah tentu menjadi punya...
Terlupa nak snap bila masak...ni yg belum dipanggang..excited punya pasal hehehe...Nilah herbanya....terlebih bau n rasa omputih sangat...tak cuba kita tak tahu rasanya...

No comments: