Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Saturday, April 21, 2012

Guru Bersara Ajar English...

Sabtu 21 April 2012

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tindakan menempatkan Peace Corps atau Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fullbright (ETA) selama beberapa bulan tidak banyak membantu meningkatkan penguasaan pelajar.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata maklum balas daripada guru di Terengganu yang mempunyai ETA menunjukkan pelajar terpinga-pinga mendengar dialek bahasa Inggeris Amerika Syarikat (AS) kerana sebutannya sukar difahami.

Beliau berkata, ETA juga mungkin bukan guru BI atau jika mereka guru terlatih sekalipun, kaedah yang berjaya di AS tidak semestinya berkesan jika diterapkan di negara ini kerana tahap penguasaan pelajar berbeza.

Di AS katanya, bahasa Inggeris ialah bahasa ibunda tetapi di negara ini, bahasa berkenaan ialah bahasa kedua atau bahasa asing.

“Adalah lebih wajar jika Kementerian Pelajaran mengambil semula guru Bahasa Inggeris yang sudah bersara bagi mengatasi masalah itu yang sekali gus membantu meningkatkan penguasaan pelajar.

“Sebagai penyelesaian jangka panjang, mereka juga beranggapan melatih warga negara tempatan yang fasih dalam bahasa berkenaan lebih baik daripada menaja sukarelawan atau penutur jati dari negara lain,” katanya.

Baru-baru ini, seramai 50 rakyat AS tiba di negara ini dan mereka ditempatkan di beberapa sekolah di Terengganu, Pahang dan Johor sebagai kumpulan pertama ETA. Masing-masing adalah sebahagian daripada 300 ETA yang dibiayai kementerian.

Adnan berkata, kedatangan ETA juga boleh mewujudkan pertembungan budaya yang mungkin tidak disenangi pelajar.

Sepanjang tempoh beberapa bulan pertama, ETA perlu menghabiskan masa menyesuaikan keadaan tempatan kerana mereka perlu belajar budaya dan mesra dengan murid.

Sementara itu, Presiden Kirkby International College, Bismillah Khatoon Abdul Kader, berkata hasrat membawa ETA supaya pelajar meniru percakapan penutur asli mengelirukan pelajar.

Katanya, slanga penutur dari AS berbeza dari United Kingdom (UK), bahkan UK mempunyai beberapa slanga seperti Irish, Scotland atau Welsh.

Beliau berkata, AS juga menggunakan sistem ejaan berbeza berbanding UK yang dianggap standard di negara ini.

“Lagipun, ada banyak lagi negara lain yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda selain UK atau AS dan mereka juga boleh dianggap sebagai penutur jati,” katanya.

P/S : Sokong saranan dari NUTP sudah sampai masanya kita mengambil guru yang telah bersara menggantikan guru yang diimport dari luar. Pertama jimat duit kerajaan-boleh gunakan duit tersebut untuk perkara lain. Kedua mereka yang bersara ni memang pakar dalam BI sebab mereka berpengalaman. Ketiga Mereka penutur jati ke dua BI di sini tanpa diaelek yang entah apa2.Keempat ke mana sebenarnya kita nak bawa student kita dalam menggunakan BI sepenuhnya-bukan dia org ni nak bekerja di AS dan UK.


2 comments:

~Cik Sweety~ said...

stuju dgn akak..membazir je import org asing segalaa.. kan baik berjimat cermat, n pakai sumber yg sedia ada..hurmm..rakyat kita bukannya nak bekerja d luar negara..yg nk di ajar,rakyat sendiri..apapun, kita mengharapkan yg terbaik dri kerajaan..mungkin ada juga baiknya disana..

fatmasha said...

Sesungguhnya begitulah sweet...jgn diagung2kan org luar...org kita apa kurangnya..cuma pendedahan tidak diberikan..