Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, June 22, 2012

Kelebihan Hari Jumaat...

Jumaat 22 Jun 2012

Salam Jumaat untuk semua....semoga kehadiran hari Jumaat ini menjanjikan kebahagiaan buat kita sekeluarga....dipanjangkan umur...dimurahkan rezeki dan kita sentiasa mengingatiNYA dalam denyut nadi kita setiap saat sambil mulut tidak lupa bertasbih dan berzikir untuk mendapatkan keredhaan dariNYA...InsyaAllah....

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu

  1. Allah ciptakan Adam
  2. Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
  3. Allah mematikan Nabi Adam
  4. Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
  5. Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

  6. ( Riwayat Hadis Muslim)

    Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirm

2 comments:

Nurul Husna Mohd Hassan said...

perkongsian yang baik :)

fatmasha said...

Sesungguhnya begitulah caring n sharing...