Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, June 02, 2014

Selamat Bersara Cikgu Adam!

Isnin 2 Jun 2014

Salam untuk semua....moga dirahmati dalam apa jua tindakan yang kita lakukan...fikirkan positif nescaya aura kebaikan itu sentiasa terserlah...buang yang keruh ambil yang jernih..sentiasa muasabah diri dan berkatalah benar walaupun pahit....berkesempatan menulis di sini dalam mood yang sedikit celaru dan kecik hati pada keadaan...meski cuba untuk membetulkan keadaan tetapi tetap pasrah bahawa aku terpaksa akur bahawa itulah perangainya dari dulu hingga kini...diam lebih baik dari berkata-kata...hanya Allah yang lebih mengetahui....

Adussss...hampir lupa sesungguhnya 1 Jun kelmarin hari lahirku yang ke.... ufuk senja yang semakin menjelma...terima kasih pada para sahabat,rakan taulan,anak-anak yang mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan pada diri ini...terima kasih juga yang tidak terhingga bahawa aku masih punya sahabat dan anak-anak yang sentiasa mengingati dalam apa keadaan sekali pun...moga doa dan kata-kata kalian menjadi penguat dalam mengharungi sisa-sisa yang masih berbaki ini...love you muah3x....

Berbalik pada topik asal yang ingin diwar-warkan....Selamat Bersara Cikgu Adam...jasa dan pengorbanan cikgu serta tunjukajar cikgu sentiasa menggamit kenangan terindah sepanjang mengenali cikgu selama setahun...guru besar yang cukup humble, tenang dan berwawasan serta banyak idea yang ingin dikongsi....bersara atas pilihan sendiri...sudah cukup memantangkan beliau dalam dunia pendidikan dan karenah anak buah yang bukan sedikit memeningkan kepala...justeru di kesempatan ini dipohon kemaafan jika terkasar bahasa dalam pengucapan dan perlakuan...kita insan biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan....

Majlis yang gilang gemilang dapat dilaksanakan dengan kerjasama yang erat...bak kata pepatah pisang sesikat susu sebelanga tanda maufakat bersama-sama...dari segi pentas,jemputan,aturcara majlis para jemputan,makanan yang dihidangkan semuanya memerlukan perancangan yang teliti...umpama menyambut menantu sulong...konsep atau tema kesultanan Melayu amat kene pada tempat dan ketikanya...para guru,kakitangan,pekerja swasta PIBG yang sporting berpakaian ala kemelayuan...menunjukkan jika bersatu semua menjadi...tahniah dan syabas atas penganjuran yang paling berjaya dan mendapat pujian kerana majlis yang gilang gemilang ini....rasenya foto-foto di bawah ini mampu memberi seribu makna kepada para pembaca....











No comments: