Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, December 04, 2012

Segamat with love!

Selasa 4 Dis.2012

Salam Selasa untuk semua.....moga dirahmati...berposting kembali setelah blog terbiar je...dah masuk bulan Disember penghujung bulan n tahun sekali...kejap aje masa berlalu..umur makin bertambah...entry awal Disember....bertandang ke Segamat memenuhi permintaan mak saudara...menghadiri majlis pertunangan sepupu... Rizal anak bongsu...bekerja di sana dapat jodoh juga orang sana...biasa gitulah di mana kita merantau di situ kita bertemua dengan jodoh kita...kebetulan or suratan....semuanya di tangan tuhan...kita cuma merancang....

Perjalanan yang agak jauh n memenatkan...tetapi berbaloi sebab berpeluang melihat negeri orang yang kalau kita lihat peta....negeri yang paling luas kawasannya....apa tidaknya...melalui lebuhraya Muazan cukup berhati-hati dengan laluan yang sempit dan jalan raya yang kurang elok...jalan raya utama tu...patutnya udah lama naik taraf....so perjalanan berkonvoi ni memakan masa sbb? tertunggu-tunggu yang lain...kawasan yang padat dengan penduduk berbangsa Cina...pekan dia still pekan lama...sibuk n crowded gitu...

Majlis berlangsung awal pagi lebih kurang 11 pagi..memandangkan rombongan kami akan balik semula ke Terengganu...ada yang ke Melaka dan juga Kuala Lumpur. Kalau di Terengganu ni majlis simple je...ttp di Segamat ni dia orang mmg ikut adat betul2...kita ditugaskan menjadi jurucakap pada majlis tu...apa lagi tibai aje...jurucakap tangkap muat...yang lelaki semua tarik diri...lelaki Terengganu ni macam tulah...dok berani...punyalah jurucakap pihak perempuan bercakap beradat....liat jugok lidah kita bercakap spontan ni...siap berpantun lagi...kita bukanya apa...tak mahu tunjuk kemahiran berpantun hehehehe...dia pun hairan sebab biasanya jurucakap ni lelaki..ni tidak perempuan....aku ni dah beberapa kali jadi bidan terjun bab ni...tinggal lagi tadok sijil pasal jadi jurucakap majlis2 penting gini....so...majlis berjalan dengan sempurna dan jamuan diadakan juga macam majlis perkahwinan doh..hebatnya diaorg sambut kita...

Pada  Rizal n Fatin...moga ikatan berkekalan hingga bulan September ni majlis pernikahan mereka...mungkin sekali lagi akan bertandang ke sana.....yang kurang sedapnya tidak berpeluang untuk menerokai bandar Segamat sebab hubby n pak saudara beria2 nak sampai cepat...atas alasan nak tengok bola Malaysia lawan Indonesia...nasib baik Malaysia menang kalau tak..memang membara hati ini sebab tidak bershopping mane...



2 comments:

dieyna said...

masam ngat tukang bawak sirih.. hehe

fatmasha said...

hahahaha..nok sgt bawok sirih...