Khamis 8 Mac 2012
Assalamulikum dan selamat petang......pecah berita hari ini...SBPA di batalkan dan balik ke skim asal SSM...Perjumpaan PM bersama penjawat awam menamatkan spekluasi yang berbulan-bulan untuk diselesaikan...sudahnya satu perkataan aje yang terkeluar dari mulut PM DIBATALkan noktah.
Punyalah lama untuk settle hal ini...rasanya dari asalnya sudah nampak ada sesuatu yang tidak kena semasa SBPA diperkenalkan....dengan gelojohnya pinta penjawat awam sign tanda setuju...skim yang tidak tahu hujung pangkal dengan begitu banyak ramalan yang dibuat oleh pak nujum yang tidak bertauliah mengenai stuktur gaji yang tidak begitu jelas n keliru....sudahnya masyarakat umumnya menerima bahana kesan dari kenaikan barang yang naik gila-gila sebab kakitangan awam akan memperolehi kenaikan sehingga 50%.
Persoalannya siapa yang merangka sifir gaji dan perubahan dalam skim perkhidmatan ini? yang menjadi kemuskilannya mereka yang berada di dalam cuepacs dan NUTP tidak dipanggil untuk merangka perubahan struktur gaji.....Adakah pihak PTD diberi kuasa dan kata putus sebagai penggubal dasar SBPA? dan kenaikan yang begitu tinggi ini dinikmati oleh golongan ini sahaja sehingga berkhidmat selamat 10 tahun dalam sektor kerajaan sudah mendapat gred DG48....mulus dan tulusnya mereka ini.
Bukalah laman cuepacs di sini dan nilai sendiri pendapat dan komen awam mengenai skim ini yang rata-ratanya mempersoalkan ketidakadilan ini. Justeru, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan.Rasanya kalau dulu kerajaaan akur dengan saranan cuepacs menambaikkan sistem yang ada tentu penjawat awam tidak kalut seperti hari.Sebenarnya banyak pengajaran dan insiden yang boleh diambil dari skim cacamerba ini. Harapan kita moga penjawat awam tidak ditipu sekali lagi dan kita mohon ketelusan serta war-warkan kepada semua apa penambaikan yang dikatakan oleh PM itu menjadi kenyataan dan kita mendapat manfaat yang berterusan....
2 comments:
baru je siap entri sbpa jugak..
ye ke dok perasaanlah..nanti kak tie komen hok ana punya..
Post a Comment