Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan....

Sabtu 21 Julai 2012

Salam Ramadhan untuk semua......semoga dirahmati....bersiaran semula setelah lama blog ditinggalkan.....sibuk n kering idea...permulaan puasa jatuh pada cuti mingguan dan ditambah sehari lagi cuti sempena kemenangan Terengganu mengekalkan juara bertahan selama 4 tahun SUKMA.....

Bercakap pasal bulan Ramadhan ni....bulan yang Allah Taala gandakan ganjaran pahala sebanyak2nya seluas lautan yang tiada bertepi untuk kita sama2 merebut peluang yang ada menambahkan koleksi amalan2 kita sebaik-baiknya agar Ramadhan kali ini penuh makna agar kita mampu menyempurnakan lebih dari Ramadhan yang telah ditinggalkan...ucap syukur yang tidak terhingga kerana Allah panjangkan usia kita untuk bertemu Ramadhan kali ini.....

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.


2 comments:

Nurul Husna Mohd Hassan said...

selamat menjalani ibdah puasa. sama2 lah kita merebut peluang yang ada :)

fatmasha said...

ya..husna.sama2lah kita mencari sebyk mungkin pahala pada bln yg penuh barokah ini