Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, July 03, 2012

Kawad kaki...Tahniah Pandu Puteri Tunas...

Selasa 3 Julai 2012

Salam untuk semua...semoga dirahmati....entry tertunda tetapi still berkesan n berita terkini dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai....pertandingan kawad kaki pandu Puteri Tunas yang diadakan di SMK Paka iaitu peringkat daerah antara sekolah2 di daerah Dungun...sebelum ke peringkat daerah dia orang dah masuk bertanding d peringkat sekolah.....PPT mendapat tempat ke dua di belakang pasukan pengakap.....

Bila GB cadangkan hantar 2 pasukan bertanding...maka kelam kabutlah set2 pemimpin PPT sebab pada mula hanya johan sahaja yang akan bertanding...bila keja last minute ni...buat pun ala2 kadar ajelah...tu pun aku dok lah join sangat dgn pemimpin lain.....melatih dan mengajar dia orang...sekadar pemerhati dari jauh aje....disebabkan banyak sekolah yang tarik diri saat akhir...cuma 4 pasukan perempuan sahaja yang menghantar wakil....dah nak jadi rezeki bebudak tu...dapat johan....maka dapatlah medal seorg satu... class gitu...tabik aku pada cikgu yg melatihnya sebab bersemangat datang tanpa mengira waktu.....melatih n melatih sehingga letih..hehehhe....

Bila menang ke peringkat negeri yang diadakan di Kuala Terengganu.....dan hanya mampu menduduki tempat ke 3 sahaja dari 8 buah sekolah yang menyertainya...satu perkembangan yang cukup baik....aku tidak juga mengikutinya mungkin peringkat boring doh...sebab masa muda belia dulu mmg bawa kontijen Terengganu ke peringkat antarabangsa.....masa tu dibuat di Melaka. Kami berkhemah dan berkenalan dengan peserta dari negara Jepun,Korea, Australia ada 12 buah negara yang menyertainya ketika itu....masa tu banyak program dan latihan yang terpaksa dilalui untuk sampai ke peringkat itu....pengalaman paling mahal dalam sejarah hidup....masih menyimpan koleksi gambar tersebut sebagai kenangan dan bukti......

So.....kita serah pada cikgu2 mudalah pulak memimpin mereka ini mengikut arus peredaran masa.....kita cuma beri idea n apa2 yang difikirkan dapat membantu....pendek kata gantung uniform.....pada PPT n cikgu2 yang terlibat syabas n tahniah...semangat berpasukan penting untuk menjamin kecemerlangan.....

No comments: