Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, June 29, 2012

Pincangnya masyarakat kita....

Jumaat 29 Jun 2012

Salam Jumaat untuk semua..moga kerja buat kita dirahmati...InsyaAllah...terkedu dan sayu bila membaca kisah2 masyarakat kita yang menyayat hati dan tidak sepatutnya berlaku. Kisah paling sedih bila ayah sendiri tergamak membunuh anak sendiri semata-mata membalas dendam pada isteri sendiri.....budak kecik yg tidak tahu apa2 tentang perselisihan ibubapa menjadi mangsa kepincangan ini...tekanan perasaan,...kesulitan hidup...rasa rendah diri serta tiada tempat meluahkan perasaan antara punca yang dikenalpasti dalam kes seumpama ini.

Kes terbaru dalam Harian Metro dan dalam serata blog membincangkan topik yg sama....kalau tekanan hidup sekali pun selagi kita masih menyatakan Allah lah tempat aku memohon siang dan malang dari segala musibahnya...berilah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini...tentu Allah mendengar rintihan hambanya....dan sudah tentu rahmatnya akan memberi kebahagiaan kepada kita walau sekelumit ganjarannya.....

Tetapi bila nafsu bermaharajalela... kita...ikut kemahuannya dan lupa kasihnya Allah kepada hambanya dalam denyut nafas kita....maka kita korbankan anak2 dan diri kita semata-mata ego yang tidak bertempat....kalau nak bunuh diri sekali pun janganlah diheret sama anak2 yang tidak berdosa bersama kita.....biarlah mereka hidup bersama ibunya mengecapi dunia selama mana Allah tidak mencabut nyawanya sendiri....

Paling menyedihkan bila melihat gambar beg sekolah dia orang masih berada di tingkat atas bangunan tersebut....mungkin ratapan,tangisan dan rayuan si anak tidak dipedulikan oleh si ayah kerana rasukan syaitan itu lebih kuat dari belas kasihan....tetiba aje air mata ini tumpah tidak semena-mena....kita bayangkan anak2 kita sendiri berada dalam situasi genting begitu....tak terucap dek kata-kata si ibu bila dikhabarkan detik kematian itu.....masih menjadi persoalan kenapalah siibu tidak mengambil aje anak2 tersebut tinggal bersama neneknya...jika ni kali ke 2 cubaan membunuh diri dilakukan oleh suami kita...

Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikulnya....kita di luar sana boleh buat macam2 tanggapan tetapi perkara yang sebaliknya menjadi bebanan kepada si isteri untuk keluar dari pemasalahan ini...Sakit hati macam mana sekali pun perkara itu sudah berlaku dan menjadi kenangan dan sejarah sekali...pada kita yang masih dikurniakan nafas untuk menghirup udara di alam fana ni hanya mampu menghadiah AL-FATIHAH kepada arwah semoga diampuni segala dosa-dosa mereka kerana Allah taala sahaja yang mengetahui segala-galanya...amin..


2 comments:

nita said...

Al-Fatihah...
Nita tak tawpun tentang kes ni sebab sekarang jarang baca paper atau tengok berita, tapi bila baca entry akak, nitapun turut sedih...memang tak boleh bayangkan kalau ia terjadi pada kami.. Moga Allah lindungi kita dan moga kita sentiasa ingat Allah walau dalam apa jua keadaan kita.. Aaamiin..

fatmasha said...

mmg ya nita..berita yg cukup trajis..dan meruntun hati...kasihan pd arwah anak2 dia..