Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, June 18, 2012

Pelantikan PJJ...ditangguhkan?

Isnin 18 Jun 2012

Salam untuk semua...lama tidak update blog..buntu selepas selesai exam sem dua...punyalah soalan susahnya.. nasib boleh jawab semua dengan jayanya.....(sebab soalan objektif) jadi mana boleh tinggal2....so habis sebahagian tanggungan...kalau tidak duk fikir bilalah exam ni nak start..

Terkedu bila baca pekeliling baru yang menyatakan pengantungan jawatan guru PJJ yang sambung belajar ke DG 41 disebabkan tiada kekosongan....pelik bunyi ayat...yang cikgu duk nagajor di sekolah yang sama tu...tiada kekososnganlah....kalau berterus terang lagi baik.."kerajaan menangguhkan sementara waktu pelantikan PJJ sebab kekurangan bajet" ayat pendek tetapi jelas maksudnya....so tidaklah cikgu-cikgu ni yang bersengkang mata, wang ringgit,tenaga dan masa tertunggu2 bila mereka akan dilantik.....ni seperti menunggu buah yang tidak gugur...

Aku rasa ni ada kaitan dengan bahang PRU13....pada pendapat akulah yang kerdil ni...kerajaan melihat situasi tidak memberangsangkan dari golongan ini memberi undian pada mereka jadi jalan terbaik ialah meresahkan golongan ini supaya ada sikap membalas budi dan kenang jasa kerajaan yang memberi peluang pada kaum guru meneruskan pengajian....pandangan peribadi aku yang melihat pemasalahan ini secara global....kita bebas mengeluarkan buah fikiran dan memberi pendapat berdasarkan situasi semasa.....sebab tidak lojik dan masuk akal 4 tahun berlajar last sekali ditangguhkan atas alasan tiada kekosongan kita bukan tukar jawatan tapi naik gred je apa kaitan dengan kekosongan jawatan....kut2 berlaku perubahan tampuk pemerintahan memaksa keadaan ini jadi begini....kalau gitu kurang cerdiklah golongan politik ni...

Rasanya ramai yang tidak berpuas hati dan marah sebab kebanyakan mereka sudah ditemuduga bertahun-tahun lamanya....sudah sampai masanya mereka menikmati hasil yang diusahakan sebaik mungkin...rasanya kesatuan guru seperti KPPK memainkan peranan yang penting agar kita tidak bermain tarik tali dan menindakkan hak mereka sebagai penjawat awam yang sepatutnya didahulukan memandangkan peluang belajar itu telah dibuka luas kepada kaum guru untuk meningkat ilmu dan kemahiran mereka.....so aku rasa kita patut tulis besar2 kat wall tweeter PM agar memahami situasi dan debaran guru-guru ini.Apa macam...Setuju???


2 comments:

Choco Ani said...

Salam Fatma Kak Ani sinngah ni n follow sekali ya.. Moga Allah permudahkan segala urusan Fatma ya.. Aminn

terima kasih sudi follow blog Kak Ani

fatmasha said...

Insyaallah samalah kita...tq sebab follow saya juga...