Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, August 06, 2012

Jagalah Hati kita!

Isnin 6 Ogos 2012

Assalamulaikum dan Salam Ramadhan untuk semua....Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)Maka ibadah puasa merupakan madrasah kepada kita...di mana di dalamnya banyak ganjaran dan pahala yang Allah berikan kepada hambanya yang merebut peluang membuat kebajikan.....

Entry di pagi yang berbahagia ini...jagalah hati kita sebaik mungkin agar terhindar dari segala unsur2 yang melemahkannya dan pastikan hanya sifat yang baik2 sahaja yang terpahat di situ. Terapkan sifat-sifat baik dalam diri secara beransur2 untuk memastikan diri sendiri boleh menerima perubahan.Jangan kita mengubah diri sendiri secara drastik kerana akan menyebabkan diri tidak istiqamah untuk berhijrah ke arah kebaikan secara berterusan.

Bagaimana pula untuk mendapat hati yang tenang?
  • Memaafkan seseorang setiap kali sebelum tidur.Tidak kira sebesar mana pun kesalahan atau dosa yang telah mereka lakukan kepada kita.
  • sentiasa berdoa kepada Allah swt dengan tujuan orang lain juga memaafkan segala kesalahan yang dilakukan kepada kita.
  • Amalkan membaca surah al-Insyirah. Dengan bacaan tersebut mampu memberi ketenangan hati apabila tidak berasa tenang.
  • Sentiasa mengawal lidah dari berkata perkara2 yang tidak berfaedah.
  • Mengawal mata dari melihat keaiban orang lain kerana kita juga mempunyai banyak kekurangan.
  • sesekali tidak salah jika kita mengenang dan mengingati kembali kebaikan yang pernah orang lakukan kepada kita.jangan hanya mengingati kesalahan orang lain.

Semoga tips2 di atas dapat dikongsi bersama sebagai wadah dalam kita mengharungi kehidupan di alam fana ini. Jika soal hati tidak dijaga dengan baik,bisikan syaitan sentiasa menjadi peneman dalam apa jua keadaan. Apa pun tidak terlambat untuk kita membersihkan hati dari segala sifat amarah kerana hati yang sempurna ialah hati yang cintakan kebaikan.

2 comments:

lia said...

selalu cuba utk maafkan org... kadang2 boleh, kadang2 x sangup hu3

fatmasha said...

samalah kita lia tekadang ada juga terselit perasaan itu...