Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Saturday, January 21, 2012

Tinggal Kenangan...



Sabtu 21 jan. 2012

Salam Sabtu untuk semua...cuti panjang sempena Tahun baru Cina...selamat bercuti n selamat makan angin kepada mereka yang gemar melancong dan menghabiskan duit...pada yang home sweet home...anda memang jenis yang suka lepak dan tidak suka menyusahkan diri serta confirm duit banyak menabung???

Entry kali ini...sedih..terharu...sayu...celaru...bila mendapat tahu guru besar terpaksa berpindah ke sekolah baru...cakap-cakap yang berkumandang sejak seminggu yang lalu...dan dinafikan oleh guru besar sendiri...dengan alasan orang kuat PPD juga tidak tahu urusan pertukaran ni....Ya ke...kelirulah atau GB sengaja ingin melihat respond cikgu-cikgu bila kabar angin itu bertiup macam taufan....cool n tenang aje bila diajukan soalan n pertanyaan meminta kepastian....sehingga saat akhir bila nama udah terpapar dalam unit sekolah masih tidak mempercayainya.....dari raut wajahnya...susah untuk menduga sama beliau udah tahu atau sebaliknya...jika betul memang GB boleh dianugerahkan dengan pelakon terbaik bulan ini...

Apa2 pun ramai di kalangan kami terkejut...ada yang rasa sedih sebab banyak kekuatannya bila beliau mula memegang jawatan ini berbanding dengan GB yang lain....walaupun ada kelemahannya tetapi sikap beliau yang cukup prihatin...bertolak ansur dan cuba memahami dalam segala hal menjadikan kami warga SKFSR terasa kehilangannya....Beliau banyak idea dan sikap berani menokah arus menjadikan sekolah berwatak serta mampu melonjakkan kecemerlangan UPSR...sama-sama berganding bahu, mengajar kelas UPSR serta tahan diuji ....banyak perubahan yang dilakukan samada kita sedar atau sebaliknya...perubahan yang paling besar yang beliau laksanakan ialah menukar nama sekolah dari SK Felda bandar B1 kepada SK Felda Seri Rasau .....nampak senang tetapi tidak ramai GB yang punyai idea dan mampu membuatnya kerana mereka masih berada dalam zon selesa....

Eh...eh..eh memuji nampak...perkara yang betul patut diberitahu..biar kita dikatakan kaki membodek...biar tidak dapat cemerlang pun..asalkan kepuasan bekerja itu ada...tiada tekanan serta rasa ingin ke sekolah tu sentiasa segar....ada kita bebas merencanakan kerja kita tanpa ada bantahan.....pengurusan yang cekap,akuntabiliti,peramah,mesra,tahu hala tuju serta berlapang dada...menjadi teras untuk kita stay di situ sampai bila-bila..

OK...Selamat Berhijrah ke sekolah baru..mungkin ada hikmah disebalik pertukaran itu...kita sekadar merancang..tetapi pelaksanaan itu hanya Allah yang lebih mengetahui...Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)


2 comments:

dieyna said...

bukan membodek tetapi itulah kenyataan.. kalau ada sesiapa yang tidak boleh menerimanya, terpulang kerana pendapat berbeza antara satu sama lain.. sedangkan buah yang sama, saiz isinya berbeza inikan pula pendapat manusia...

fatmasha said...

ya...sememangnya ada yg tidak sekata dgn kita..masing2 ada ego sendiri..berkatalah benar walaupun pahit..