Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, January 08, 2012

Rehat murid diawalkan...

Ahad 8 Jan.2012

Salam untuk semua....posting pertama untuk tahun ni...selepas kegersangan idea serta kalutnya sekolah ketika ini...mengkalutkan idea dan mematahkan semangat untuk berposting di sini....ya lah setiap ungkapan perlu diluahkan secara bersahaja dan ikhlas.....tanpa dipaksa kerana luahan yang jernih menampakkan kesungguhan dari penulis untuk membetulkan keadaan dan tidak terikut-ikut dengan cadangan yang nampak di sebelah aje....

Bila terbaca luahan dari seorang ayah mengenai rehat murid-murid perlu diawalkan...susulan lawatan TPM yang berjawatan menteri pendidikan di salah sebuah sekolah terkejut bila beliau dapat tahu sejumlah besar murid-murid yang ke sekolah tidak sempat untuk bersarapan pagi....semata-mata untuk cepat hadir ke sekolah....kalau lambat bermakna banyak lah soal jawabnya.....

Sebenarnya isu ini sudah lama dipanjangkan dan disuarakan...tetapi siapa kita untuk membetulkan keadaan...jika tidak dari orang atasan yang merasai denyut nadi murid-murid ini...yang rata-ratanya hadir ke sekolah dengan perut kosong dan bersedia dan dipaksa menerima pelajaran pada hari itu....

Dan bila...sekolah cuba melewatkan masa setengah jam rehat murid-murid tiada bantahan ke dengaran...tak apa cikgu kita cuba jalankan terlebih dahulu jika tidak berjaya kita berpatah balik....semata-mata ada suara2 sumbang yang inginkan masa pulang sama dengan rakan-rakan yang lain....sudahnya semua masa berganjak......orang lain terpaksa tanggung segala masalah kita kerana kita rasa idea kita hebat tanpa merujuk pada pendapat orang lain.....

Rasanya pihak sekolah terpaksa akur dengan saranan dari kementerian untuk awalkan rehat murid-murid ini terutama murid-murid tahap satu supaya mereka lebih bersemangat lagi untuk menerima pelajaran selepas bersarapan...jangan kerana ingin mengambil hati sebilangan dari kita dan menyiakan pendapat beberapa orang...kita ubah dasar dan menokah arus...sudahnya banyak kekangan dan rasa tidak puas hati kedengaran secara diam....apa yang pasti kita lihat sejauh manakah berkesannya dan tercapainya objektif pelaksanaan yang dijalankan secara tergesa-gesa ini...............

No comments: