Renungan...

Followers

nuffnang

Tuesday, January 17, 2012

Pau Gebu...


Selasa 17 Jan.2012

Salam Selasa untuk semua....kata pujangga...Sebelum kita mengeluh tentang rasa makanan..fikirkanlah tentang sesorang yang tidak punyai apa-apa pun untuk di makan. Tu lah kita bila masuk bab makan cukup berkira-kira dan berhati-hati baik dari aspek harga,kebersihan,sedap tidak sedap...gerai mane yang patut pergi...semua kita teliti dan berwaspada lebih-lebih lagi makanan yang mengandungi subahah....betul2 kita jaga supaya tidak menjadi darah daging yang tumbuh subur seusia dengan umur kita....

Posting kali ini.....entry tertunda ni....lepas dibelek-belek dalam handfon ada lagi foto yang tidak sempat dipostkan di sini...lebih2 lagi geng sekolah yang gemar mencari entri tentang masakan....maka sempatlah mencuba pau gebu yang mulus ni.... resepinya pakai hentam je lah labu...yang penting bahan-bahannya patut menjurus kepada kegemuaan.....pah pada ni rasanya tidak perlu lagi membeli pau di mana2..sbb hasilnya memang menjadi sedap n cantik sama macam kita beli di bakery...selebihnya tidak dipromote untuk dipasarkan.....

Bahan-bahannya
500gm tepung pau
2 sb gula
secubit garam
2 sb shotening(lelemak sayur)
1 sb pelembut roti
1cawan fresh milk(optional)
3 sudu kecil yis(maurifan)
200ml air suam(agak-agak je)
Inti kaya/inti kacang..what ever lah

Cara
1. Campurkan tepung,gula, garam n yias..kacau rata.
2. Buat bulatan di tengah...masukkan lelemak sayur, pelembut roti n fresh milk.
3. Putar hingga sebati n masukkan air suam tadi...putar dengan mixer hingga sebati..pastikan air suam dimasukkan sedikit demi sedikit supaya doh bila di uli tidak lekat di tangan.
4. Keluarkan doh kemudian uli dengan tangan..pastikan doh tidak melekat kalau melekat tambahkan gandum sedikit.
5. Rehatkan doh selama 1 jam sehingga doh naik.
6. Tumbuk doh dengan tangan supaya udara di dalamnya keluar.
7. Bulatkan doh kecil2 mengikut saiz yg dikehendaki dan masukkan inti di dalam dan dilapik dengan kertas.
Rehatkan doh 1 jam..
8, Didihkan air dalam kukusan....kukus pau lebih kurang 20 minit dan tutup kukusan dengan kain supaya air tidak jatuh di atas pau.
P/S: pastikan hanya bahan yang berwarna puith aje digunakan..supaya pau kita putih n gebu.
..............................SELAMAT MENCUBA...............................................




2 comments:

Dieyna said...

kak ti.. resepi pizza plak..

fatmasha said...

ok..no problem...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...