Khamis 26 Jan. 2012
Salam Khamis untuk semua....kejap aje masa berlari.....bila sampai hari Khamis terasa indahnya dunia bila berada di rumah...santai...rilex minda sesekali menjenguk kuntuman orkid yg tidak terjaga..tu...apa2 pun rasanya kena pencen awal....sebab minda yang tenang memanjangkan usia...jika umur panjanglah...
Opppp...entri kali ni...tentulah TENNIS...permainan yang paling digemari seisi keluarga....dan minggu2 sebelum ni asyik duk mengadap TV cannel 813 star sport Australia Open 2012....sebab di kalangan kami terlalu minat dengan jaguh tenis dunia Rafael Nadal pemain spin...yang bagi aku seorang yang cukup disiplin...berdaya saing....inginkan yang terbaik dan permainan yang ditunjukkan bersungguh-sungguh..pendek kata dia akan mencuba sedaya upaya dengan kudratnya untuk menang setiap perlawanaan..seorang yang cukup teliti dan caring.....
Baru sebentar tadi melihat world number 2 ni mengalahkan pesaingnya Roger Federal dari swiss dengan permainan yang cukup bertenaga...untuk melayakkan beliau ke final ...mungkin bertemu dengan Novak Djhonkovic permain number satu dunia pada Ahad ni... masa perlawanan ni akan diblock setiap aktiviti untuk menghayati perlawanan final .... jika ada live permainan ni kami akan melekat di depan TVdan setiap aktiviti akan tergendala seketika semata-mata minatnya..sememangnya kerjaya dia orang...kaya dengan bermain aje...
Tetapi sayang...kita tidak ada pelapis dalam team tenis di Malaysia. Walaupun KL menganjurkan suka berprestij ni saban tahun dengan hadiah yang hampir mencecah 1.5 juta..semata-mata untuk merangsang minat dan menarik golongan belia menceburi bidang ni...rasanya selagi ahli politik yang menguasai dunia sukan..selagi itulah kita tidak mampu melonjakkan pemain kita di peringkat antarabangsa....kerana Malaysia hanya menonjol dari aspek permaianan yang melibatkan persorangan seperti badminton dan squash.... apa salahnya kita asah bakat yang ada dalam permainan tenis ni supaya kita setanding dengan mereka yang sudah terkenal....sudah sampai masanya Majlis Sukan Negara berperanan mengetengahkan bakat yang ada serta menghantar pemain yang berpotensi ke negara luar untuk menimba ilmu, menjalani latihan dengan jurulatih yang mempunyai kepakaran....sebab pemain2 asia dari China dan Jepun sudah menempa nama dan top 10 di dunia dalam sukan tenis ini....
2 comments:
tennis di Malaysia kurang dapat perhatian kementerian belia dan sukan
ya,,memang betul..
Post a Comment