Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, January 30, 2012

Pizza..satu permintaan...



Isnin 30 Jan. 2012

Salam ceria untuk semua....Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali. Begitulah bait-bait kata dari pujangga...maka berfikirlah sebaik-baiknya sebelum mengeluarkan kata-kata.Oppp..frust betul bintang pujaan tennis Rafael Nadal kita kalah semalam...tapi memang patut pun dia orang boleh dianggap jaguh kerana bermain hampir 6 jam untuk merebut kejuaraan dengan hadiah lumayan 2.5 juta sehingga mereka berdua hampir tumbang kerana penat....

Tinggal dulu tennis... kita bincang skit pasal pizza ni...entry yang tertunda tetapi disebabkan permintaan dari Dieyna maka kena publish juga di sini....basic pizza ni macam2 kalau kita log dalam intenet ni...yang pasti tahu cara membuatnya sebab dia juga dalam kategori roti cuma diletakkan topping dari sayur-sayuran dan keju. Ikut apa topping yang kita suka...kalau jenis tidak suka sayuran boleh letak ayam,ikan, daging saje di samping sos yang menjadi penyedapnya.

Makanan mewah ni memang menjadi kegemaran......sebab semua khasiatnya berada di dalamnya. Pendek kata bahan-bahannya pula berstatus mahal serta payah untuk dapatkannya terutama keju Mozerella yang hanya terdapat di bakery atau supermarket yang besar aje....Kalau rasa hendak bertali masa kita makan tu....pastikan lebihkan keju...pasti kita dapat menikmatinya sesedap yang kita beli...di samping bersih juga boleh jimat duit dan hasilnya kita dapat makan dalam kuantiti yang banyak....







2 comments:

dieyna said...

tengkiu2... hehe kakti wat kecik2 yer.. betul gok tu, senang nak makan n bagi kat orang ni... tak sabar nak wat sama ni

fatmasha said...

wat besor2 dok leh nok masok dlm oven..