Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, December 12, 2010

Rebutlah Kelebihan Bulan Asyura (10 Muharram) dan Fadhilatnya



Ahad 12 Dis.2010




Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
  • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
  • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
  • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
  • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
  • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
  • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
  • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
Selain daripada peristiwa-peristiwa yang telah disebutkan di atas, terdapat banyak lagi peristiwa-peristiwa dan kelebihan-kelebihan yang ada pada 'Asyura' ini dalam sejarah Islam. Para pembaca boleh merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar seperti Tanbih al-Ghafilin karangan Abi al-Laith Nasr bin Muhammad bin Ahmad ibn Ibrahim as-Samarqandi, Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan banyak lagi.



Di sana terdapat banyak hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W yang menyebut tentang kelebihan-kelebihan hari 'Asyura'.Di antaranya;

Daripada Hafsah R.A berkata: "Empat jenis ibadat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W: Puasa Hari 'Asyura', sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah, tiga hari pada setiap bulan dan sembahyang dua rakaat sebelum fajar." (Hadith Riwayat an-Nasai.)

Daripada Ibn 'Abbas R.A. berkata: "Aku tidak pernah melihat Nabi Muhammad S.A.W mengutamakan puasa pada satu hari melebihi hari-hari lain melainkan hari ini iaitu Hari 'Asyura', dan bulan ini yakni bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Berkata para ulama' salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:
  • - Malam Awal Muharram
  • - Malam 10 Muharram
  • - Malam Awal Rejab
  • - Malam 15 Rejab
  • - Malam 27 Rejab
  • - Malam 15 Sya'ban
  • - Malam Arafah
  • - Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan Malam 10 Zulhijjah)
  • - Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a) Qiamullail - Solat Tahajjud - Solat Hajat - Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran c) Zikir


Dengan kedatangan hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada untuk menambahkan lagi amal kebajikan yang telah kita lakukan selama ini.Dan janganlah kita mensia-siakan peluang yang terbentang di hadapan mata kita demi untuk kebahagian dan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.

No comments: