Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, December 30, 2010

Meeting vs Kerja

Khamis 30 Dis.2010

Salam Khamis untuk semua pembaca blogku....semoga dikurniakan kesihatan yang baik n berbahagia di samping keluarga tersayang.....apa2 yang berlaku pada kita sama ada di sedari atau di luar batasan pemikiran kita adalah kehendakNYA....kerana kita yang merancang tetapi DIA yg menentukan hal tujunya....walaupun jauh disudut hati terasa terkilan n jauh hati.....tapi ingat segala-gala atas ketentuan...jadi terimalah apa yang terbaik untuk kita.....

Ok posting kali ni....Meeting vs Kerja.....minggu meeting n minggu menerima bebanan kerja....biasalah cikgu...time nilah kita boleh tengok bertapa sibuknya cikgu dalam segala hal....semua kerja kene buat dan disiapkan seperti diarahkan....first bell first lesson....maka terjongoklah PPD melihat persiapan dan rumusan pada hari pertama persekolahan...soal-soal remeh temeh tolak ke tepi dulu...cikgu kene mengajar ikut sukatan....

Bila melihat pd takwim sekolah dan perancangan tahunan baik akademik, HEM dan kokurikulum juling mata kita untuk melepasi target dan aktiviti yg terkandung dalam buku panduan pengurusan sekolah....sebenarnya cikgu2 ini boleh dikategori org yg hebat dalam bidangnya.....apa tidaknya semua takwim tu mesti dilaksanakan mengikut perincian yg digariskan....tugas dan tanggungjawab wajib dibuat tanpa komplen ....belum lagi bab mengurus bebudak yg bermacam ragam n perangai......pendek kata mana yg patut didahulukan dan dikemudiankan.....semua menjurus ke arah bergerak sederap merialisasi wawasan-slogan sekolah....moto sekolah sentiasa cepat dan tepat agar sempat dapat yang dihajat....

Tu...belum lagi pelbagai mesyuarat yg terpaksa dihadiri dan minitnya difailkan....post motem an so on.....mana2 yg dilantik ketua...dlm setiap jawatankuasa....mulalah pening meminitkan mesyuarat kali pertama....tindakan taktikal dan perancangan aktiviti mesti digarapkan bagi memenuhi visi sekolah Institusi Berwawasan Komuniti Cemerlang 2015...

Bila GB kemukakan ingin alihkan perpustakaan asal ke tempat baru....satu persoalan timbul...kenapa n mengapa? kenapa tidak diubah masa awal tahun dulu masa penyelengaraan itu diserahkan padaku....masalah pustaka tu jauh dan kurang sambutan kerap ditimbulkan dan siap cadangan dan alasannya skali......ttp tidak diterima....setelah setahun cuba menghidupkan kembali aura pustaka dengan segala2 bermula dari A hingga Z...bersekang mata,mencurahkan keringat,buku yg tidak masuk stok 4 tahun...satu fail pun tidak ada....pinjaman murid tidak berjalan2 bertahun2 lamanya...setelah kita yg ambilalih dgn perancangan, taktikal,keceriaan,wang ringgit segala-galanya...persoalan itu dibangkitkan semula.....

Waduh...ni bukan satu kerja yg mudah n dpt disiapkan dalam waktu sedetik cuma.....bila diajukan pada org yg tidak berkenaan...yg tidak pernah menjejakkan kaki.....yg tidak pernah ambil tahu....katanya setuju dgn perancangan GB kerana katanya soal besar atau kecil pustaka tidak penting...yang penting soal penggunaannya.....sape dia utk bercakap ttg kerja org lain....sape dia utk persoalkan kewajaran peralihan itu...AJK pustaka? penyumbang kewangan ke? kalau perkara itu bukan bidang kita tak usah cuba menjadi jaguh dalam kerja org lain.....soal utk ambil hati GB tidak timbul di sini....jadi bermuasabah dirilah... siapa kita utk bercakap bagi pihak org lain yg tiada kaitan langsung dgn bidang tugas kita???????

Sebagai rumusannya.......Patutlah setiap tahun ramai guru yg bersara awal sama ada masih bernyawa atau di alam lain....dan ada di kalangan guru-guru mengambil sikap senyap n terima apa yg diberikan daripada cuba menokah arus...yg pasti golongan yes man mmg mendpt anugerah cemerlang dari mereka byk bercakap ..... cuba membetulkan keadaan dan cuba menjadikan sesuatu itu yg terbaik....kerana sapelah kita di kalangan kita2 yg ada......hingga jumpa lagi....wassalam...

No comments: