Rabu 24 Ogos 2011
Salam Ramadhan dan salam Rabu untuk semua peminat blog ni...Kita sudah melewati akhir2 Ramadhan...dan kita menanti dan mengharapkan mendapat ganjaran pahala dengan memperbanyakan zikir,tahmid.tadarus Al-Quran, mengimarahkan masjid,sedekah jariah yang tidak pernah putus,mengeratkan silaturahim lebih2 lagi mengharapkan menemui malam Lailatul Qadar.
Posting kali ini....Majlis Penutup Ihya' Ramadhan 1432 Peringkat sekolah yang diadakan pada 23 ogos...dengan temanya "Ramadhan Bulan Berkat,Takwa Kita Pertingkat"....selamat dijayakan dengan khatam Al Quran murid-murid tahun 6...Majlis yang saban tahun diadakan semenjak berada di sekolah....Rasanya acara yang patut diadakan oleh setiap sekolah supaya murid-murid tahu apa itu Ihya' Ramadhan serta peka mentadarus Al Quran yang dijalankan setiap pagi sepanjang bulan Ramadhan ni...
Kalau diharapkan mereka membuka AlQuran di rumah.....memang tidak buat buat pun...sebab masyarakat kita tidak diasuhkan budaya celik Al-Quran di peringkat kanak-kanak lagi...tu pun setelah JQAF diperkenalkan di sekolah dan dibekalkan ustaz n ustazah yang berkelulusan bahasa Arab...baru nampak suasana Al-Quran itu di sekolah-sekolah....satu pendekatan yang kalau dulu dipraktikkan masyarakat kita tidaklah kalut seperti sekarang....Sebab mengamalkan bacaan Al-Quran menjadikan diri kita insan-insan yang mulia kerana setiap bacaan yang dikumandangkan menjadikan jiwa2 mereka takut pada Allah dengan mengikuti segala suruhanNya dan meninggalkan larangannya....
Berbalik pada majlis tersebut....kurang penglibatan dari ibu bapa....tidak diketahui ibu bapa dijemput ke tidak....rasanya jika melibatkan para ibu bapa program yang baik ini akan lebih meriah dan bermakna kerana ibu bapa dapat melihat kesungguhan cikgu2 mentarbiahkan anak-anak mereka mencintai Al-Quran. Pun begitu tahniah pada Panitia Agama Islam yang mampu mengendalikan majlis ini sebaik mungkin....InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment