Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, August 03, 2011

Banyakkan Berdoa...

Rabu 3 ogos 2011

Salam Ramadhan untuk semua...moga keberkatan bulan yang penuh ganjaran ini dimanfaat sepenuhnya dengan amalan-amalan yang menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik dalam hidup kita InsyaAllah...

N3 kali ni sempena tiga hari berpuasa...banyakkan berdoa ...Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Doa adalah senjata bagi orang Mukmin,tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi."(Riwayat al-Hakim dan Ibn Abi al-Dunya)

Semasa berdoa,pastikan anda mematuhi adab-adab berdoa seperti berikut:
  • Berdoa dalam keadaan berwuduk-serta bersih daripada sebarang kotoran,hadas dan najis.
  • Mulai doa- dengan membaca bismillah dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Rasulallah s.a.w.
  • Duduk-dan mengadap ke arah kiblat.
  • Memohon ampun-dengan merendah diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.
  • Berdoa dengan bersungguh-sungguh- serta memahami isi dan maksud doa,bukan semata-mata membaca doa.
  • Berdoa dengan penuh Khusyuk-tawaduk dan merendahkan suara.
  • Mendahulukan doa- dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.
  • Mengulangi bacaan doa-sebanyak tiga kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang yang lebih utama.
  • Menghindari diri- daripada sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan ,pakaian atau pekerjaan.
  • Berdoa untuk kaum Muslimin dan Muslimat-secara keseluruhan untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.
Moga-moga tips di atas mampu memperkasakan doa kita kepada Allah dan diperkenankanNYA dan jadilah diri kita sentiasa merendahkan diri dalam apa jua keadaan kerana sikap tawaduk menjadikan diri kita insan-insan yang terpilih di sisiNYA....wassalam...

No comments: