Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, June 01, 2011

Selamat Hari Lahir yang ke...?



Rabu 1 Jun 2011

Salam ceria untuk semua..... moga2 kita dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki dan dikalangan orang-orang yang sentiasa disayangi oleh kawan2 dan juga musuh2 dalam selimut...apa2 pun niat dan terlintasnya di hati...perkara-perkara yang baik dan berbaik sangka sesama sendiri...Insyaallah...

Posting kali ni....ucapan hari lahir yang bertalu-talu dalam FB dari semua rakan taulan sama ada yang rapat, mengenali .....dan rakan2 siber yang sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku...
terkadang kita sebenarnya tidak keseorangan dalam usia senja begini...terutama anak-anak didik yang sentiasa mengikuti perkembangan cikgunya yang sekarang semua udah masuk alam remaja dan alam berumahtangga....dan kita mulai mengintai ke alam yang berkekalan sehinggalah dibangkitkan di kemudian hari....apa persiapan kita sebenar????sekadar menunggu aje tanpa persedaiaan...sehinggalah dijemput dengan rasminya.....

Maka bertambahlah usia sedetik lagi...terima kasih ya Allah kerana diri ini masih bernafas di alam ni dengan dikurniakan kesihatan yang baik....rezeki yang tidak pernah putus2...anak2 yang ...berjaya...sleeping patner yang sentiasa memahami...jua kekawan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kita...hanya Allah yang mampu membalas keikhlasan kalian semua.....

Tidak kurang juga yang meminta sesuatu.....ya..sudah tentu sebiji kek sebagai tanda ingatan...InsyaAllah akan ditunaikan terutama pada rakan sejawat...pada rakan 2 siber tu tengok gambar je lah ya.....

No comments: